Selepas ni masa aku dengan blog adalah sangat terhad. Tiga minggu akan datang aku ada peperiksaan penting A-Level yang terakhir dan paling penting. Aku rasa lepas habis peperiksaan A-Level aku masih ada masalah untuk menguruskan blog ini. Sebenarnya laptop aku dah rosak. Setakat ni aku hanya guna laptop kawan dan komputer di perpustakaan INTEC.
Dekat rumah aku tiada komputer. Hanya aku yang guna laptop untuk kegunaan 'kolej'. Macam mana laptop aku rosak, aku tak mahu cerita sebab sedih sangat. Rasanya kalau baiki mahu dekat RM1000. Skrin rosak (pecah) dan storan dalaman (internal hardisk) rosak. Dah dekat sebulan laptop aku rosak dan aku masih tak beritahu keluarga tentang masalah ni.
Aku tak tahu bila masa pula aku akan ada laptop baru. Rasanya paling awal pun masa aku masuk degree nanti. Setakat ni aku tiada apa-apa gadget smartphone dan berasa sunggguh-sungguh menyesal sebab tak beli masa ada duit dulu. Masalahnya aku terlalu memilih dan akibatnya aku langsung tak buat apa-apa kehidupan. Lepas ni kalau ada masa, peluang dan (laptop), blog ni akan ter'udpate' dengan post baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan