Ahad, 12 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

   Dah sebulan aku tak buat post dekat blog ni. Rasa malas tu ada juga sebab tak tahu nak tulis apa. Kalau ikutkan masa tu aku ada banyak masa nak menulis. Masa cuti ni baru boleh berfikir dengan tenang untuk mencari ilham. Tapi idea aku pada masa tu selalu berserabut dan kusut. Aku pun malas nak fikir panjang-panjang.

   Bulan lepas kawasan daerah aku ada mengalami banjir teruk. Kiranya lebih teruk selepas banjir di Kuantan. Bayangkan dalam masa semalam air boleh naik setinggi atap rumah. nasib aku baik sebab kawasan perumahan aku terletak di atas bukit. Kawasan bawah semuanya kena 'telan' banjir. Walaupun tak jadi mangsa banjir secara langsung, tapi masalah blackout dan ketiadaan air sepanjang tempoh banjir amat memeritkan juga. Lepas seminggu baru banjir surut sikit. Setakat jip polis nak lalu tu bolehlah.

  Lupa juga nak beritahu yang aku sekarang ni tengah berada dalam semester terakhir di (^$@&. Tak sangka dah hampir dua tahun aku belajar dekat sini. Ingatkan aku boleh bangkit di sini lepas aku hilang semangat di pusat asasi UIAM. Rupanya sikap aku di sini lebih teruk dalam gaya belajar. Kadang-kadang rasa menyesal tu ada juga.

   Orang lain tengah sibuk nak skor berapa point dalam final exam, aku pula masih terkapai-kapai dengan pilihan universiti. Keputusan yang aku dapat dalam exam SAT dan TOEFL benar-benar membuatkan aku hilang semangat dan putus asa. Kawan lain ada dah buat keputusan nak repeat balik pada Februari ni, aku pula masih terfikir-fikir, berbaloi ke kalau aku repeat? Dengan keadaan aku yang dah patah hati, kesukaran untuk dapat placement daripada top 100 universiti, syarat-syarat sponsor yang tinggi, aku jadi bingung dan terus jadi pesimis.

   Masalah ni takkan terjadi kalau aku ubah sikap dari awal lagi. Tapi masa tengah berjalan dan tak mungkin berundur lagi. Rasanya cukup untuk aku lepas pointer dalam final exam nanti. Hal tentang placement universiti, Malaysia kan ada lagi. Mungkin aku tak layak untuk 'fly' bersama mereka yang bekerja keras untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman berharga di luar negara. Harap-harap andai aku ada full point nanti, sponsor akan hantar aku ke mana-mana negara. Haha, angan-angan aku terlalu tinggi untuk ulat beluncas yang masih mengensot pada ranting kayu.

P/S: Selamat Tahun Baru 2014!!!

Tiada ulasan: