Aku akui yang
aku ni agak sikit pemalas. Sepanjang empat semester aku dekat sini, rasanya
belum ada masa yang betul-betul aku ulangkaji walau final exam dah dating. Aku cuma
baca nota sikit dan terus give up lepas ada topic yang tak faham. Aku tak cari
kawan untuk menyelesaikan masalah tu. Aku ni jenis cepat putus asa. Sekali terjatuh
aku rasa macam dah malas nak bangun balik.
Semester lepas
rasanya paling teruk bagi aku. Aku amat terganggu dengan exam special untuk
second language yang tiada kelas untuk kami. Lagi satu aku tersilap memilih
tempat belajar selepas A-Level. Aku fikirkan Amerika adalah tempat sesuai untuk
pelajar A-Level tapi bukannya untuk aku. Aku amat tertekan dengan urusan
meminta universiti di Amerika yang penuh dengan segala boring, format dan
birokrasi.
Aku tak kuat nak
bertanya dan cari penyelesaian. Akhirnya aku hanya terhanyut dibuai kegagalan
akan dating. Kesannya result semester ketiga aku adalah paling teruk setakat ni
dan hampir-hampir kena tendang penaja. Kadang-kadang aku pelik macam mana aku
masih boleh survive belajar dekat sini. Ya, aku banyak meniru assignment
daripada kawan dan kalau malas, langsung tak siap. Perangai kerajinan masa
semester pertama terus jatuh merudum hanya disebabkan aku tiada minat dalam
engineering.
Sekarang ni aku
terfikir, lepas exam A-Level, ke manakah hala tuju aku? USA, rasanya peluang tu
dah malap sebab skor SAT dan TOEFL aku sangat rendah. UK, aku dah tolak dan
rasa amat menyesal sekali. Akhir sekali destinasi aku adalah Malaysia. Harap-harap
penaja masih lagi ingin menaja aku di tanah air walaupun dalam keadaan ekonomi
sekarang yang tak beberapa ‘sihat’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan