Sabtu, 8 Mac 2014

Selamat atau terhempas?

                                    

   Perkara yang paling kita benci mengenai sesuatu perkara adalah cerita palsu lagi salah. Sebetulnya cerita hanyalah sebesar biji benih tapi mula membesar menjadi pokok dan dahan. Padahal isi cerita langsung tak jelas pangkal asal usul.

   Hari ni kita kecoh dengan cerita pesawat MAS hilang dari radar dan tak dapat dikesan. Mula-mula keluar berita pesawat terbabit selamat mendarat di lapangan terbang di China. Kemudian timbul pula berita pesawat tu terhempas di kawasan perairan Vietnam. Tak lama lepas tu tukang yang bagitahu berita tu tarik balik post tentang pesawat terhempas. Panik satu Malaysia!

   Sedangkan pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat tak dapat nak mengesahkan status sebenar pesawat MAS MH370. Yang pasti berita pesawat tu terhempas atau selamat mendarat di China tak benar. Pesawat masih dilaporkan hilang dan pelbagai spekulasi timbul daripada kes ni. Berlaku rampasan pesawat oleh pengganas atau kerosakan pada peralata pesawat sehingga tak dapat dikesan?

   Yang pasti keadaan sebenar pada pesawat terbabit masih dalam misteri. Kita cuma berharap agar semua krew dan penumpang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tiada apa-apa kecelakaan berlaku. Operasi menyelamat sedang dijalankan. Berita pesawat hilang ni dah kecoh sampai satu dunia sebab kehilangan pesawat boleh menimbulkan panik kepada banyak pihak.

   Kita harapkan lepas ni tiada berita palsu atau andaian mengarut. Setiap berita tu mesti berpaksikan pada bukti sahih atau sumber yang boleh dipercayai. Kalau tak tahu, senyap dan ambil tahu. Jangan sebab nak kejar rating dan view penonton, sanggup keluarkan pelbagai jenis berita untuk meraih berita. Yang pasti, kisah misteri Villa Nabila dah berjaya dibongkar.


                                   

Tiada ulasan: