Aku fikir lama-lama yang boleh sambung belajar lagi bagus daripada duduk termangu menantikan peluang terbang di langit biru. Maksud aku, macam mana aku nak hidup dekat negara luar kalau dalam negara sendiri pun dah kelam kabut? Hajat tu memang tinggi nak pergi belajar di universiti terbaik dunia tapi apabila mengenangkan nasib euthiusm kurang menebal terhadap engineering. Aku rasa lebih baik biarkan budak betul-betul minat dengan sesuatu bidang dan mahu berusaha layak belajar dekat tempat terbaik berbanding aku yang dah hilang minat nak terokai benda baru.
Dalam kelas ada juga yang bertanya aku nak pergi belajar selepas habis A-Level. Aku tak tertekan pun dan tiada perasaan marah. Cuma kesal dengan sikap diri sendiri yang tak sedar diri. Rasanya aku akan terus kekal di sini. Mungkin keyakinan dan semangat aku akan luntur apabila tengok classmate dan roomate boleh fly ke negara impian dan aku pula menunggu surat belajar di universiti tertentu di sini. Tapi itulah pengajaran terbaik bagi aku yang memilih arah hidup disebabkan biasiswa dan bukannya minat atau kemahiran.
Ada orang mampu berjaya dalam bidang yang dia minat dan tak minat sebab dia ada usaha tinggi untuk cemerlang. Ada juga orang hanya mampu berada dalam aliran yang dia percaya dia boleh buat. Orang sebegini tak perlu paksa buat kerja di luar bidangnya. Nanti jadi ibarat tikus membaiki labu. Kini, aku baru sedar yang aku berada dalam kelompok kedua.
| Woho, crop sana, crop sini |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan