Salah satu perkara yang susah untuk diamalkan dalam hidup adalah permulaan kepada setiap aktiviti atau perkara. Macam mana kita nak mengekalkan sesuatu momentum jika perkara itu belum bermula lagi? Contohnya aku sebagai seorang pelajar, tak boleh terus belajar empat jam beterusan kalau sebelum ni aku memang seorang pemalas.
Biasanya jadual hidup aku jarang ada masa untuk belajar. Pagi, petang atau malam, memang tiada masa istimewa digunakan untuk belajar. Kalau buka buku pun, sempat baca satu atau dua halaman buku jer. Lepas tu mula rasa mengantuk dan bosan. Otak yang sepatutnya aktif untuk mengumpul dan menganalisi data daripada buku tiba-tiba jadi aktif berimaginasi.
Maknanya aku sekarang belajar hanya ketika musim exam saja. Kadang-kadang aku baca tak sampai sejam pun sebab terlalu banyak maklumat nak kena diproses dalam masa satu malam. Otak jadi tepu, bekalan oksigen tak sampai ke otak, akhir sekali layu di atas meja. Aku ada tengok kawan aku rilek jer study sampai berjam-jam masa malam exam.
Mungkin sebab diorang dah biasa study dalam masa lama. Orang yang dah biasa dengan kelajuan tak ada masalah nak merempit di jalan sibuk. Sebab tu diorang boleh mengekalkan momentum untuk terus belajar dan menanam kefahaman secukup mungkin. Sekarang ni aku baru tengah menyusun balik jadual supaya paling kurang ada masa belajar dalam sehari. Setidaknya sejam dah cukup. Lepas tu baru boleh tambah masa jadi dua jam.
Sebab tu aku kata permulaan untuk sesuatu perkara adalah payah. Kita kena biasakan diri dengan benda yang tak pernah dibuat sebelum ni untuk menyesuaikan diri dengan momentum baru. Alah bisa tegal biasa. Kita tak boleh buat sesuatu perkara sebab kita belum biasa dengan benda tu dan bukannya kita tiada kemampuan. Percayalah kita ada kemampuan untu jadi orang hebat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan