Ni dah masuk semester keempat. Harapan aku nak beli smartphone tak pernah lagi nak tercapai. Erm, entahlah apa sebab aku tak beli sampai sekarang. Terlalu memilih atau kekurangan modal. Aku nak sangat semester terakhir aku di INTEC dapat juga merasai kehebatan Android walaupun bukan kitkat. Maaflah kalau aku tak nak cuba IOS iphone tapi agaklah, mahal harga untuk sebuah smartphone.
Target aku dah ada dan aku betul-betul suka dengan design dan spesifikasi. Walaupun brand Lenovo, harganya murah buat aku tertarik nak beli. Haha, aku ni dalam kalangan budget users, bukannya high end users yang suka 'update' smartphone setiap kali ada release baru daripada brand yang diorang suka. Apa kejadah Samsung keluarkan Galaxy S5 yang hampir sama specs dan design dengan Galaxy sebelumnya? Langsung tiada penambahbaikkan.
Lenovo S650, itulah brand smartphone yang tengah aku kejar. Kalau dalam website, ia lebih dikenali sebagai Lenovo Vibe X mini. Spec power, design lagi okay dari A, S, P series lain, dan harga murah. Kalau beli dekat kedai DirectD, harga lebih kurang RM590 sahaja. Aku nak beli sekarang juga tapi lepas tengok duit dalam akaun bank, terpaksa lupakan hajat tu.
Aku terfikir nak beli gak Lenovo S650 sebelum final exam A-Level. Rasanya itu masa berbaloi sebab boleh buat revision dengan mudah melalui smartphone. Tak perlu payah nak nak guna laptop aku yang dah semakin slow perfomance. Bukan Adobe pun ambil masa. Nak scroll pun kadang-kadang boleh jadi crash. Nampaknya masa degree nanti nak beli laptop baru.

3 ulasan:
Sama! Sama! Kite pun nak beli S650 niee. Kite nk beli dkt lelong.com.my jeaa ~ Murah sikit. RM 399 je. Kalau dkt kedai mahal sgt. btw, good luck (?) eh haha
Sama! Sama! Kite pun nak beli S650 niee. Kite nk beli dkt lelong.com.my jeaa ~ Murah sikit. RM 399 je. Kalau dkt kedai mahal sgt. btw, good luck (?) eh haha
Yg AP agak murah skit dri original, padahal kualiti sama jer, cuma takde waranti dari Lenovo.. Tapi skrg lbih berminat dgn asus zenfone 5.. Harga mkin mahal rm100/rm200 dr yg ni tp rasanya berbaloi dgn kualiti
Catat Ulasan