Isnin, 13 Januari 2014

Fighting for future!

   Ketika di semester terakhir, baru aku terfikir tentang hala tuju aku. Maksud aku, universiti manakah yang akan menjadi destinasi untuk meraih sijil degree? Aku tak beberapa serius nak belajar. Bukannya tak ikhlas cuma aku tak beberapa berbakat dalam engineering. InsyaAllah kalau aku ada beberapa skill yang baru muncul masa tengah belajar engineering, keikhlasan dalam diri akan datang.

    Sebagai pelajar di sebuah kolej yang majoriti bakal pemegang tiket ke luar negara, tentu rasa sebak juga kalau tak dapat belajar di luar negara. Aku nak juga merasai nikmar hidup di negara empat musim. Namun tak pula aku pasti yang aku nak main-main dekat sana atau sambung belajar. Cam poyo. Apa yang aku bimbang adalah mampukah aku survive untuk hidup terasing di sana? Kebanyakkan kami akan terpisah jauh dipisahkan jarak berbatu-batu.

   Keluarga aku tak kisah kalau aku tak dapat pergi ke luar negara. Asalka aku mampu terus belajar dengan baik. Tapi perasaan nak juga merasai suasana 'pelik' di luar negara macam terbuak-buak. Ada banyak masalah kenapa aku macam dah berputus asa nak pergi ke USA. Markah TOEFL dan SAT aku rendah. Lagipun yuran permohonan universiti di USA sangat mahal sampai RM270. Lagi satu nak penuhi syarat keperluan daripada pihak penaja pula.

   Haha, aku tak sangka mampu masih bergelak palsu dalam keadaan macam ni. Hari ni dah masuk malam ketujuh aku tak makan dekat luar. Sekadar isi perut dengan roti dan biskut. Paling kurang tu saja cara aku mogok terhadap masalah yang ada. Walaupun masalah tu tak dapat diselesaikan dengan mudah, aku tak ada pula niat nak menyeksa diri sendiri pula. Aku cuma nak meluahkan rasa kesedihan. Nak meluah pada seseorang, aku ni tiada teman rapat yang boleh berkongsi rahsia. Aku dah lama hilang teman sejati. Semua ni kerana silap aku yang tak menghargai nilai persahabatan.

  Nak ketawa lagi? Entah, tapi rasa lebih baik kalau senyum saja. Perasaan gembira boleh membuatkan diri rasa lebih bagus walaupun diukir dengan senyuman palsu. Sekarang ni aku hanya perlu fokus apa yang perlu aku buat sebagai seorang penuntut A-Level. Fighting!!

Tiada ulasan: