Sabtu, 3 November 2012
Kita tak dapat lari daripadanya...
Ada sesuatu yang kita tak dapat elakkan. Semakin hari, kita semakin hampir dengannya. Kita tak ada upaya nak lari darinya, nak bersembunyi dari pandangannya. Setiap pergerakkan kita dapat dihidu. Larilah ke mana jua pun, kita tak dapat berpisah dengannya. kita sudah ditakdirkan untuk "berkenalan" dengannya, walau hanya untuk beberapa ketika lama. Datangnya tak pernah diduga, tak dapat dikesan walau sehebat mana kecanggihan teknologi manusia. Tak pernah lewat sesaat tapi tidak pula awal sesaat. Itulah ia yang kita gelarkan "kematian".
Siapa sangka umur yang belum sempat mengambil SPM pun nyawanya sudah ditarik Izrail, jadi macam mana pula dengan mereka yang sudah berumur lanjut. Saudara/Saudari, kematian tak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap umur, bangsa, taraf hidup dan tahap intelektual. Pelaksana kematian amat adil dan melaksanakan tugasnya tanpa menerima suapan (rasuah) malah tak pernah berhasrat untuk menangguhkan kerjanya. Si workaholic ini tak pernah mengharapkan gaji lebih untuk melakukan OT setiap malam. Tugasnya sentiasa 24 jam, tidak terbatas oleh sempadan negara atau keadaan cuaca.
Jadi manusia haruslah bersiap sedia kerana kita tak pernah tahu bilakah ajal akan datang. Kita tidak ada kebolehan untuk mentafsirkan berapa lagi masa yang kita ada di atas dunia ini. Jangan anggap kita belum menamatkan pengajian di menara gading maut tidak akan hadir menyapa. Tidak!!!! Mereka yang belum pernah sampai ke alam pendidikan sudah pun mengenal malaikat yang mencabut nyawa, lantas meninggalkan pancaroba dunia buat selama-lamanya.
Buatlah apa cara pun, kematian tak dapat dihentikan keributannya. Halanglah dengan keajaiban perubatan, matilah juga pesakit. Lindunglah dengan kehebatan peralatan senjata, ajal juga datang menerpa. Makanlah segala jenis suplemen yang berkhasiat, maut jua akan menghentikannya.
Jadi, kita harus faham yang maut tak dapat dielakkan. Mati itu pasti. Jangan menjadi bodoh dengan teknologi klon, serum superhero, teknologi nano robotik dan segala jenis yang menjadi idaman manusia untuk lari dari kematian. Bukan cara tersebut kita hendak melawan yang tidak terdaya dengan kekerdilan kita. Bukan begitu caranya.
Manusia yang bijak ialah manusia yang memahami hakikat kematian, bersiap menghadapi kematian, membuat bekalan untuk kematian dan sentiasa mengingati kematian.
JANGAN CUBA UNTUK MENAFIKAN KEMATIAN!!!!!!!!
TERIMALAH HAKIKAT ITU...............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
muhasabah diri :)
Catat Ulasan