Sabtu, 3 November 2012

Exam buat aku hilang perasaan

   Aku ada exam dalam minggu ni. Hari isnin lepas dah mula exam pertama aku, subjek Math Pure. Punyalah lambat aku tidur malam tu tapi bukan sebab nak belajar tapi nak kacau kawan-kawan lain. Aku dah sasar soalan mana yang aku boleh jawab, soalan mana aku tolak ketepi. Aku tengok, semua soalan di tahap "Red Clift" tertumpu di 7 topik terakhir. Aku rasa sejak dari SPM lagi aku tak mampu nak kuasai subjek yang ada graf yang bersekutu dengan darjah (degree). Jadi aku baca ala kadar je topik-topik terkebelakang sikit tu. Topik-topik terkedepan aku dah mahir dah.

  Alhamdulillah aku boleh jawab semua soalan dalam subjek. Aku macam tak percaya yang aku boleh jawab semua soalan dalam masa berbaki 30 minit lagi, dan soalan yang dalam kategori "killer among the killer" aku boleh jawab dengan tenang. Nampaknya dugaan pertama berjaya dilalui dengan baik, tanpa ada rasa gelisah. Aku harap bolehlah dapat A kalau berdasarkan emosi aku semasa menjawab exam.

  Tapi langit tidaklah selalu cerah. Jangan sangka pagi yang terang tak ada hujan di tengahari. Aku rasalah inilah perumpaan yang sesuai untuk memahami jiwa aku semasa menjawab exam kedua, Fizik ketika hari Rabu (dan amat juga sesuai untuk menerangkan keadaan cuaca di Shah Alam sekarang yang sedang menghadapi dilema musim hujan). Fuhh, memang aku tak dapat jawab terus soalan Fizik. Aku rasa soalan tu memang dalam tahap Degree (sarjana muda). Segala jenis teori yang ada dalam buku Fizik Edexcel di"twist"kan (dipusingkan), dan digabungkan dengan konsep lain  serta merumitkannya (Facebook cakap, it's get complicated). Memang ramai budak kelas takleh nak buat soalan tu. Memang dah siap kira hilang 15, 30 markah. Kalau macam nilah, nak dapat C pun payah. Aduh nasib badan. Padan muka kau saper suruh kau main game jer. Baca malas. Buat exercise malas. Minta kawan ajar pun kedekut.

 Aku ada berbaki 4 subjek lagi. Mechanic, English, Kimia, dan Statistic. Aku paling bimbang dengan subjek Kimia sebab banyak lagi konsep yang aku tak paham. Nak buat macam mana lagi. Dalam kelas tidur. Fikiran melayang ke tempat lain. Soalan latihan tak buat. Ulangkaji tak nak. Memang nasib kau masak kalau dapat rendah lagi.

  Tapi yang buat aku bimbang ni, aku ni genius (kawan aku yang cakap) tapi malas nak buat ulangkaji. Jadi akal yang bijak akan jadi sia-sia kalau tak maksimakan penggunaannya. Jujur aku cakap, aku tak ada mood nak exam. Aku rasa macam aku seorang jer yang tak perasaan ada exam minggu depan. Aku rajin main game tapi tersangat ultra malas nak study.

 Aku takde mood. Aku hilang semangat. Aku takde upaya nak melawannya. Aku rasa macam hidup aku penuh dengan takde perasaan nak maju. Apa yang penting, nafsu dan kehendak diri diutamakan, pencapaian  game didahulukan. Bukan nak cerita politik, nak cerita betapa teruknya diri aku. Patut lah selama ni aku takde awek pun.

  Jadi, aku harap penulisan aku kali ni dapat beri aku kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran. Tulisan ni mampu menyedarkan betapa hodohnya perangai aku, jijiknya, buruknya sikap aku dengan diri sendiri.




HENSHIN!!!!




CHOU HENSHIN!!!!!





SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH!!!!




AKU MAMPU MERUBAHNYA!!!!!




SEKARANG!!!!!!

Tiada ulasan: