Khamis, 29 November 2012
Harimau Malaya menang malam ni
Dengan kekalahan dalam perlawanan pertama, Harimau Malaya bangkit semula dalam menentang Laos. Jika sebelum ini, Raja Gopal kuat dikecam oleh Ultras Malaya kerana tidak bijak menyusun first eleven dan menyalahkan Apek semata-mata kerana bolos 3 gol. Namun Harimau Malaysia yang bakal berdepan misi wajib menang dengan Indonesia masih berdepan samar-samar keputusannya. Mengapa?
Hakikatnya, Laos bukanlah tandingan yang sengit terhadap Malaysia. Beberapa siri perlawanan antara 2 pasukan initelah membuktikan Malaysia kuat mendominasikan kemenangan terhadap Laos. Maka ini menjadi langkah mudah buat Malaysia untuk membenamkan Laos. Tak percaya? Dalam perlawanan antara Laos dan Malaysia, Harimau Malaysia telah mendominasikan keseluruhan permainan. Striker Malaysia juga mudah bolos ke kawasan lawan namun bolos cubaan tersebut walaupun hakikatnya tidak patut bolos. Jadi ini telah menunjukkan Malaysia belum berada di tahap yang berprestasi tinggi. Laos bukanlah negara yang hebat dalam arena bola sepak. Sepatutnya lawan seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina harus diberi penekanan yang lebih serius.
Tapi saya percaya, kemenangan 4-1 sebentar tadi mampu memberikan harapan tinggi kepada pemain Harimau Malaysia untuk membuat kebangkitan yang sebenarnya. Percayalah, Malaysia mampu menjuarai semula Piala AFF Suzuki 2012. Tahniah kepada mereka kerana berjaya menjaringkan gol.
Safiq Rahim (MAS) 15"
Khone Savanh (LAOS) 37"
Safee Sali (MAS) 66"
Wan Zack Haikal (MAS) 75"
Khyril Muhymeen (MAS) 79"
Tak lupa juga saya nak letak satu gambar. Ermm, bukan gambar pemain. Bukan pula gambar Raja Gopal. Tapi, percayalah, janji perlu dikota. Kalau tak mampu buat, padan muka hang!!! Saper suruh pergi buat janji bodoh-bodoh???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan