Isnin, 12 November 2012

Cuti semester dah bermula

 
   INTEC dah cuti sejak hari Jumaat lagi. Tamatnya paper Statistics, maka semua dah siap kemas barang nak balik rumah. Satu persatu kereta datang berduyun-duyun ke Kolej Cendana, nak ambil anak tersayang untuk dimanjai dekat rumah pula. Dalam bilik aku seorang dah balik ke Kuantan sebelum tok imam nak beri khutbah. Hari Jumaat kan ada khutbah dan solat Jumaat. Aku pun dah tak sabar nak balik hari Sabtu malam tu.

  Hah, aku sekarang dah sampai kat rumah. Pukul 4.00 pagi aku sampai rumah selepas beberapa jam naik bas dari Shah Alam ke Terengganu. Memang sejuk dan "dingin" aku dalam bas tu. Aku dah rancang dah cuti ni aku nak buat sedikit perubahan ubah diri. Ubah diri yer, bukan Ubah kerajaan okey.

  Mula-mula sekali, aku berniat nak menyihatkan tubuh badan aku. Aku ni dah termasuk dalam kategori BMI berbahaya. Kalau tak jaga dari awal lagi, memang kena sengsara aku masa tua nanti. Aku dah rancang dah nak buat aktiviti yang sihat, makan ala kadar dan yang sewaktu dengannya.

  Kemudian, aku rasa nak study la. Final exam hari tu telah berjaya menyedarkan aku.

SEMUA MANUSIA DILAHIRKAN PANDAI DAN BIJAK, YANG MEMBEZAKAN MEREKA ADALAH SIFAT SERTA PERANGAI MEREKA.

   Jadi aku dah rancang aku nak backup segala kefahaman aku yang dah hilang untuk memahami lagi. Aku akui, aku ni memang pemalas. Aku tak pernah nak buat ulangkaji tentang topik yang cikgu ajar. Latihan yang cikgu bagi, alahai tak pernah nak tengok pun. Hasilnya, soalan exam tak dapat jawab. Hati pun kecewa. Untuk langkah pertama, aku nak buat nota dulu. Latihan masih boleh dipertimbangkan.

  Seterusnya, aku malas nak tulis. Aku ni cuti 2 bulan jer. Mana cukup nak buat segala benda. Segala perkara yang kita hendak lakukan perlukan masa dan pengorbanan. Kalau ada benda menarik, nanti aku cerita lagi.

Tiada ulasan: