Khamis, 22 November 2012

Filem yang berkualiti PART 1


Filem yang berkualiti


          Apa pendapat anda tentang filem Malaysia? Ada kualiti atau masih bertatih belajar? Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka. Negara-negara yang berjiran dengan Malaysia seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan lain-lain telah berjaya mengeluarkan filem yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai seni yang tinggi. Thailand dikenali dalam dunia perfileman sebagai negara pengeluar filem seram yang menjadi dan memberi kesan mendalam terhadap penonton.

           Indonesia pula boleh berbangga dengan filem The Raid Redemptetion yang mendapat kerjasama Warnes Bross, sebuah syarikat mega dalam dunia perfileman terkemuka di dunia. Filipina pula amat membina dalam drama-drama yang mampu meruntunkan hati jiwa penonton. Drama Pangako Sayo sudah cukup sebagai fonemena drama yang melanda Malaysia suatu ketika dahulu.

          Persoalannya, adakah Malaysia pernah mendapat perhatian hebat sebegini? Kalau ditanya tentang filem Malaysia, apa yang terlintas dalam fikiran kita? Filem hantu? Oohhh tidak, kecemerlangan filem Jangan Pandang Belakang tidak mampu dimanfaatkan oleh pihak produser filem dengan cerita hantu yang penuh mengarut, kelakar tapi tak boleh ketawa (I think you should know why), kesan efek seperti krayon menyebabkan suasana filem Malaysia dilihat gagal. Anda boleh kata kebanyakkan filem ini boleh mencapai box office tapi bagaimana dengan pasaran luar? Adakah produser Malaysia berani mencari padah untuk menerobohnya? Benteng pasaran luar masih menjadi puaka buat Malaysia. Tapi pihal produser asing pula menganggap pasaran pawagam Malaysia seperti lubuk emas untuk menambah lagi keuntungan kutipan tiket.

         Salahnya siapa sehingga filem Malaysia dianaktirikan sendiri oleh orang dalam? Filem hantu kita dkritik mampu menggugat akidah umat islam (hakikatnya memang benar), tidak sesuai untuk kanak-kanak (apa kejadahnya alasan ini, Malaysia kan ada tahap penapisan filem), tidak sesuai untuk budaya Malaysia (filem Made in Malaysia, pelakon Malaysia, produser Malaysia, latar belakang Malaysia tapi dikata tidak menepati citra rasa budaya Malaysia) dan berbagai lagi alasan mengarut lagi daripada orang dalam sendiri. Sedangkan filem hantu dari luar negara yang mengandungi pelbagai unsur tidak sihat untuk tontonan penonton, boleh menyebabkan serangan sakit jantung, dan bermacam-macam lagi dibenarkan pula ditayangkan di pawagam Malaysia sehingga mampu mengutip keuntungan berjuta-juta. Aneh bukan???

        Mungkin salah pertama kita boleh menuding terhadap pihak produser filem sendiri. Mereka sendiri yang bikin filem, jadi mereka yang menentukan sendiri kualiti filem ini. Ingat lagi dengan filem Jangan Pandang Belakang? Selepas filem itu keluar, berderetan filem hantu keluar menjengah di pawagam. Sekarang demam filem hantu masih melanda di Malaysia. Cuba tengok senarai filem untuk tahun lepas dan tahun ini. Banyak bukan ada hantu kan. Ini membuktikan pihak produser filem hanya memikirkan untung, tapi seni dan pengajarannya diketepikan. Semua filem seakan-akan wajib ada hantu dalam filem. Filem seram, komedi seram, romantik seram, lawak seram, aksi seram, dan sebagainya lagi. Pengajarannya mudah sahaja, panggil ustaz dan semua hantu itu mati kena balasah dengan kuasa sakti ustaz tersebut. Filem sebegini mengandungi pengisian kosong. Seumpama menikmati snek yang penuh angin, tapi isinya hanya 1/5 yang memenuhi ruang.

         Filem sebegini tidak akan mampu bertahan lama dan lama-kelamaan tidak mampu menjadi wajah budaya kita. Pihak produser filem perlu fikir mengenai isu semasa untuk menjadi tema filem. Politik, kenaikan harga barang, jenayah melampau, peperangan di Timur Tengah atau Mynmar, sejarah atau lain-lain yang boleh menjamin penonton ke pawagam. Kalau mereka prihatin dengan isu semasa, jadi penonton takkan berasa bosan sebab selari dengan keadaan semasa dan menjadi minat untuk dikupas lagi. Sudah pasti ada banyak modal untuk dihuraikan. Filem hantu tak ada modal untuk dikupas. Sekadar gangguan kemudian boleh panggil ustaz. Hahahaahaha, lucu. Jadi, pihak produser filem kena ingat, keuntungan bukan niat utama untuk buat filem. Penonton ke pewagam untuk mengisi hati yang kosong tiba-tiba tertengok filem yang kosong juga pengisiannya. Terus boikot. Filem memerlukan seni, nilai-nilai murni, pengajarannya, tersirat. Mungkin mereka boleh belajar dari filem-filem P. Ramlee yang tanpa sedar, menceritakan pada kita bagaimana orang zaman dahulu (ketika era pasca-merdeka) hidup.



i'm just thinking, not my real what i thought

Tiada ulasan: