Sabtu, 24 November 2012

Kehambaran cuti sem


   Hai, aku sekarang tengah cuti sem tapi tengah buntu dalam kematian kebosan. Sebelum ni aku ada rancang banyak program nak dibuat tapi entah bagaimana kehendaknya, macam tak menjadi pula. Aku rancang nak main semua game. Padahal masa ada final exam, aku masih boleh main pada malam exam. Teruk betul. Tapi dah sampai kat rumah, perasaan nak main game tiba-tiba hilang. Kalau main pun, mesti rasa hambar atau tidak memuaskan. Jadi aku rasa game ni hanya sesuai dimainkan ketika dalam tekanan. Sebab tu budak yang main game pada malam exam dapat menjawab soalan exam dengan cemerlang. Wohoo, itulah aku!!

  Aku hanya terperap dalam rumah ni jer. Aku malas nak keluar jalan-jalan. Kalau keluar pun, aku tak tahu nak pergi mana. Aku tak ada tempat menarik kat kawasan rumah aku yang boleh dijadikan tempat lepak. Percayalahaku tak ada seseorang kawan pun kat kawasan rumah aku. Bukan aku tak nak cari tapi jenis aku ni, payah nak berkawan. Aku sukar nak mulakan perhubungan dengan kawan lain. Masa aku sekolah rendah pun, aku tak ada kawan gak dekat kawasan rumah lama aku. Aku hanya ada kawan sekolah/sekolej. Sebab tu aku lebih suka berada kat kolej daripada di rumah.

   Terengganu ni ada banyak tempat menarik yang bersifat kesemulajadian. Nature orang kata. Sebut sahaja nama tempat yang terlintas di fikiran apabila terkenangkan Terengganu. Setiap daerah dalam negeri Terengganu mempunyai tempat-tempat menarik tersendiri. Tapi itu juga tidak berjaya memuaskan hatiku. Aku tak ada kenderaan persendirian dan duit yang mencukupi. Teringin juga nak pergi Tasik Kenyir atau pergi berkhemah. Tapi tak berani nak pergi sorang-sorang. Ada kawan pun tak guna juga sebab tak ajak langsung. Padahal sebelum ni dah berjanji kalau ada apa-apa hal menarik telefonlah aku. Tengok-tengok boleh mereka update tengah seronok bercuti tanpa aku. Ok, fine!!!

 Agak-agaknya kehambaran dan kebosanan yang melampau boleh tak membunuh jiwa raga manusia?? Tapi aku tak naklah jadi bahan uji eksprimen pertama ni. Tak berbaloi. 

Tiada ulasan: