Isnin, 26 November 2012

Siput Babi dan asal usulnya yang tak beberapa tepat


   Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa nama siput babi ada perkataan 'babi'? Adakah siput babi haram disentuh sebab mungkin ada berkaitan genetik dengan babi kerana itulah ia dipanggil siput babi. Aku pun tak tahulah sebab bab nama asal usul siput bab tak ada dalam buku teks sains.

  Cuba bayangkan kalau ada seorang kanak-kanak kecil bertanya dekat kau.

  "Bang, bang! Binatang mende tu yg ada cangkerang tu?" tangannya menunjukkan binatang tersebut yang sedang memanjat sebuah batu besar.

  Selamba sahaja kau jawab, "siput babilah, wahai adik ku."

 "Siput babi? Kenapa ada babi? Bukan babi itu binatang besar kan, ada mulut muncung macam gambar kakak update kat Facebook," budak tu buat muka tak puas hati.

  "Mana abang tau. Dah memang namanya camtu. Dari kecik lagi orang panggil dia siput babi, jadi namanya siput babilah."

   "Tapi bang, mesti ada sebab. Siput ni saudara babi ke? Sebab tu namanya ada babi."

  "Heish, tak lah. mengarutlah adik ni. Saintis mana cakap kat adik ni. Ermm, abang rasa sebab siput ni bergerak slow sangat, cam 'babi' jer dia gerak slow. Mungkin dari situ kot asal usul dia."

  "Tapi bang, babi kan lari laju. Mana sama dengan siput yang gerak slow tu. Ke siput ni sepupu babi?"

   "Malas aku layan adik ni,"hahahaha, kau dah kalah debat dengan adik kau.


  Memang pening kalau melayan sifat logika kanak-kanak. Tapi kadang-kadang bagus juga sikap logika kanak-kanak sebab ia bersifat semulajadi, belum tercemar lagi dengan propaganda buruk. Kira kalau kita layan kerenah kanak-kanak dan berdebat pasal benda yang dia jadi keliru, tak faham, daripada situ kita boleh kesan kadang-kadang kita sendiri yang tak betul.

  Tak percaya, cuba bersikap logika dengan diri sendiri? Betul ke apa yang aku buat selama ini? Berpadanan ke dengan tuntutan Allah SWT???

Tiada ulasan: