Rabu, 14 November 2012
No Life???
Apa sebenarnya definisi "no life" atau tiada kehidupan ni? Kalau kita rujuk kamus, memang kita takkan jawapannya yang tepat kerana "no life" ni diibaratkan macam orang dah mati.Okay, ramai orang kata "no life" ni seumpama orang yang tiada tujuan hidup. Mereka hilang panduan. Mereka hilang petunjuk bagaimana nak menjadi manusia yang normal. Hidup mereka hanya berpandukan nafsu iaitu makan dan tidur. Mereka tiada komuniti. Mereka tidak berhubung dengan masyarakat luar dan suka mengambil keputusan untuk lari dari masyarakat. Akhirnya, jalan penyelesaian ialah hidup bersendirian.
Adakah menjadi seseorang "no life" menjadikan hidup kita sungguh sedih? Bayangkan, kita lebih suka buat hal sendiri daripada ambil tahu tentang kebajikan jiran lain. Kita lebih suka tujuan hidup ni hanya berpandukan pada satu tujuan yang satu sahaja iaitu nafsu. Mereka lebih suka untuk memenuhi keperluan nafsu daripada mengawalnya. Kawan? Mereka tiada kawan. Kawan mereka hanyalah orang-orang yang mampu membantu mereka mendapat apa yang mereka idamkan. Dah dapat apa yang diimpikan, kawan mereka terus dibuang, dilupus terus dari ingatan. Perumpaan ini macam habis madu, sepah dibuang. Ialah, takkan nak simpan sepah tu, baik buang jer dalam tong sampah daripada buat kotor jer dalam rumah.
Mereka yang "no life" ni hidup macam kera sumbang. Mereka tidak kenal siapa yang ada di kiri, kanan, atas, dan bawah mereka. Jiran yang sepatutnya ditegur setiap hari langsung dibuat tidak endah. Kewujudan orang lain macam alien, iaitu selayaknya dijauhi dan tidak dicampuri. Jadi, mereka mula mencipta halusinasi, kawan bayangan. Mereka berangan-angan untuk melakukan perkara yang tiada logika dalam sains. Mereka mencuba untuk memecahkan peraturan fizik dalam hidup. Mereka gembira dalam kawan bayangan yang akhirnya dipanggil, "syok sekor (sendiri)".
Eemmm, betul ke apa yang aku tulis pasal orang yang "no life"??? Aku pun musykil. Tapi kalau mengikut kefahaman aku, inilah definisi orang yang "no life". Jangan bimbang, ilmu aku cetek jer. Kalau berdebat dengan aku, mesti aku akan menyerah kalah awal-awal lagi. Aku tak mampu bertahan lama kalau ada orang lain mempersoalkan apa yang aku percaya sebab aku ni mudah tergugah dan cepat percaya apa yang orang lain kata.
Sebenarnya definisi ni amat tepat untuk dituju kepada diri aku sendiri. Aku rasa macam "no life". Aku tak dapat menikmati kehidupan ni. Aku lalai dari mengerjakan perintah-Nya dan selalu melanggar larangan-Nyatanpa ada sebarang perasaan bersalah. Teruknya aku. Aku cuba kawal untuk jadi orang yang beriman dan bertakwa tapi akhirnya aku tewas dengan kemalasan dan nafsu sendiri.
Aku sedih sebab tak ada kawan. Sebab tu aku lebih suka duduk lama-lama kat sekolah, sebab ada kawan. Aku lebih suka dengan kehidupan kampus yang panjang tanpa cuti, sebab ada kawan. Aku hanya ada kawan sekelas dengan kawan sebilik jer. Lebih daripada tu, it's beyond my limits to oppose that. Di rumah, aku hanya ada keluarga. Selain dari keluarga, aku tak da siapa-siapa dah. Orang lain tak kenal siapa aku. Aku pun tak kenal siapa orang yanh hampir sebaya dengan aku.
Ada lagi tak cadangan definisi mengenai "no life"???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan