Assalamualaikum
Apa pendapat anda tentang filem Melayu sekarang ni? Tak kisahlah filem yang sudah lima tahun disiarkan, masih disiarkan di pawagam ataupun filem yang 2,3 tahun tak siap-siap lagi pembikinannya. Kali ni saya hendak luahkan perasaan mendalam tentang kualiti filem Melayu sekarang ni. Ya, kualiti sesebuah filem sangat penting untuk menarik perhatian penonton untuk membeli tiket wayang. Duit RM14 tu sangat mahal untuk membeli tiket wayang berbanding dengan membeli DVD pirate atau memuat turun dari internet. Jadi pihak produser perlu bijak dalam menentukan kualiti sesebuah filem agar pelaburan mereka tidak hangus dek filem yang "cam haprak sangat".
Katakan anda sedang berada di tingkat atas Midvalley. Anda sedang melihat paparan skrin; senarai filem baru sedang ditayangkan untuk meraih tangan penonton membeli tiket. Filem Melayu ada, filem Inggeris memang terlalu banyak ada, Filem Hong Kong pun ada tumpang sekaki. Jadi kalau anda nak menonton wayang, filem mana yang anda akan tengok??? Ingat, duit RM14 tu boleh tampung kos nafsu makan untuk satu hari dan setengah.
Saya pun dilema juga ketika hendak membeli tiket wayang. Ada cerita Melayu tetapi genrenya pasal hantu. Malaysia dah ada banyak filem pasal hantu. Ni semua pasal filem Jangan Pandang Belakang yang berjaya memecah carta box-office tertinggi ketika tahun ia ditayangkan. Sejak hari itulah pelbagai jenis filem yang ada hantu ditayangkan. Berderet cerita hantu datang melanda dalam industri filem Malaysia. Apa lagi yang tak ada?? Komedi seram, seram suam-suam kuku, romantik seram, rempit seram, bodoh seram, sampai cerita gangster pun nak ada hantu!!! Apa kes ni?????
Saya dah tiga kali menonton wayang di pawagam. 2/3 filem Inggeris, 1/3 filem Taiwan. Filem Melayu??? Maaf cakap, saya bukan tak nak sokong industri filem Melayu tapi kualiti filem yang ala kadar siap telah membuatkan kepala saya mem"blok" cerita seumpama itu. Cuba anda tengok senarai filem Made In Malaysia tahun 2012. Dalam banyak-banyak filem yang hampir mencecah 50 judul, berapa judul yang mampu mencetuskan perasaan teruja untuk membeli tiket. Bagi saya, hanya ada lebih kurang dua cerita sahaja. Bunohan dan Jangang Pandang-pandang. Cerita tu sahaja yang nampak "cambest". Yang lain, boleh tunggu kawan "download", "copy & paste", dan "watch". Hahahaha, industri filem Melayu tak nak sokong, kutuk, perli tapi industri pirate boleh pula beri sumbangan RM5,6 di pasar malam. Tapi saya sokong industri DCPW. What's that???
Download
Copy & Paste
Watch
Selamat bergembira di pawagam nanti!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan