Jumaat, 30 November 2012

Carta kereta mewah termahal dan terhebat dunia


  Carta kereta mewah termahal dan terhebat dunia

 Kereta merupakan satu alat pengangkutan yang amat berguna pada alaf ini. Kereta menjadi satu keperluan bagi semua orang, khususnya bagi yang sudah berkeluarga untuk menyenangkan lagi kehidupan mereka. Fungsi asasnya sangat mudah, iaitu menjadi alat kenderaan untuk membawa penumpangnya ke mana-mana sahaja destinasi yang ditujuinya.

   Bagi golongan orang berada, kereta itu mestilah menjadi satu alat kemegahan yang menunjukkan taraf ketinggiannya. Harga bukan menjadi persoalan, asalkan prestasi dan reka ciptanya dapat memuaskan selera mereka. Kereta mewah sudah menjadi kebiasaan bagi orang yang terlebih mampu untuk mendapatkannya.

  Bagi memenuhi kemahuan golongan berada dan hartawan, pasaran kereta mewah mula beralih ke tahap baru dengan menumpukan perhatian terhadap konsep kereta masa depan. Hal ini telah menjangkaui sempadan kenderaan konvesional di atas jalan raya sebagai satu eksperimentasi.

  Semestinya harga mencecah jutaan ringgit, namun tidak menghalang mereka daripada memilikinya. Jenama kereta mewah sudah sepastinya sudah mengungguli carta kereta termahal dan terhebat dunia. Hanya mereka yang kaya dan tinggi tarafnya mampu membelinya tanpa banyak soal.

  Antara kereta yang termasuk dalam carta terhebat itu ialah:






1.       Pagani Zonda Clinque Roadster

Nilainya hampir dianggarkan sebanyak AS$1.85 juta (RM5.67 juta). Kereta termahal dan eksotik ini memiliki kemampuan memecut daripada sifar ke 60 batu sejam (96.54 km/h) dalam masa 3.4 saat. Kereta buatan Itali ini mampu memecut sehingga mencecah kelajuan maksimum 217 batu sejam (349.153 km/h).







2.       Lamborghini Reventon

Jentera AS$1.6 juta (RM4.91 juta) ini hanya dikeluarkan 20 buah untuk pasaran global. Revention adalah antara kereta termahal dan berkuasa pernah dihasilkan oleh Lamborghini hanya mengambil masa 3.3 saat untuk memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingaa 211 batu sejam (339.5 km/h).









3.    Koenigsegg Agera R

Agera R keluaran Sweden ini berharga AS$1.6 juta (RM4.91 juta) mampu memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.8 saat sahaja selain mampu mencapai kelajuan maksimum 260 batu sejam (418 km/h).







4.       Maybach Landaulet

Jenama ini menjadi antara pilihan golongan hartawan terkenal. Keluaran terkini Maybach bernilai AS$1.38 juta (RM4.24 juta) merupakan sedan paling mahal dalam keupayaan memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 5.2 saat.







5.         Zenvo STI

Kereta edisi terhad keluaran Denmark ini hanya dihasilkan sebanyak 15 buah sahaja. Dengan harga AS$1.23 juta (RM3.77 juta), STI mampu memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.9 saat dan merupaya menuju kelajuan puncaknya sehingga 233 batu sejam (375 km/h).




Jadi, persoalannya, secara jujurnya, kereta mewah mana yang anda ingin bawa pulang ke rumah?? Emm, tak mampu?? 

Tiada ulasan: