Jumaat, 23 November 2012

Gencatan senjata sudah, jadi apa lagi?


     Gencatan senjata dah dilaksanakan, maknanya selepas ini dah tiada serangan maut terhadap penduduk Palestin yang tidak bersalah. Nampaknya berita tersebut sangat menggembirakan semua orang yang mengikuti kisah ketragisan nasib malang Palestin. Puak Yahudi tidak boleh melakukan serangan atau mereka sendiri akan diserang semula. Nanti kita akan tengok sejauh mana puak tersebut mampu berpegang janji sehingga tempoh tamat. Mampukah negara lain dapat melawannya atau sekadar melempar "bom air liur" yang tidak memberi apa-apa kesan.

    Saya harap selepas ini umat islam tidak kembali kepada keadaan asal yang penuh tidak beragama islam. Jika dulu semangat berkobar nak boikot produk barangan Yahudi, tengok-tengok dia update gambar dia tengok berseronok makan burger dekat McD. Jika dulu dia semangat update gambar kesengsaraan mangsa rejim Zionis di Facebook, alih-alih boleh pula update gambar dengan kekasih, siap berpegang tangan pula. Dosa bersentuh kulit kalau tidak ada ikatan sah. Jika dulu beria-ia tulis post pasal nasib malang Gaza, siap ada doa lagi tapi sekarang dah tulis pasal suruh tuhan kembalikan "crush" kepadanya, tolong semarakkan balik aura percintaan couple haram dan ayat-ayat jiwang yang boleh buat orang muntah.

   Tolonglah betul-betul kasihani dengan nasib Gaza. Kalau nak boikot, tolong boikot betul-betul. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Amalan istiqamah mesti ada kerana ia sebahagian daripada tuntutan dalam islam. Tak ada istiqamah, orang kurang percaya dengan kita. Amalan kita selama ini boleh dianggap sebagai sia-sia sebab hanya dilakukan untuk memenuhi kepuasan diri atau pandangan orang lain. Malah tanpa istiqamah, amalan yang kita buat selama ini tak dapat nak memberi kesan yang dibanggakan. Hanya sampah yang penuh kekotoran.

   Mereka di Gaza berjuang jihad menentang kezaliman rejim Zionis, kita di sini akur pula dengan pemerintahan zalim. betul ke?

Tiada ulasan: