Rabu, 28 November 2012
Tolong tambah manifesto baru dalam PRU-13
Perhatian kepada semua parti politik di Malaysia, tak kira kerajaan atau pembangkang, UMNO atau PAS, saya sebagai rakyat Malaysia ingin menyuarakan sedikit suara kecil dalam manifesto kalian semua untuk persiapan PRU-13. Saya minta jika boleh, tolong masukkan manifesto terbaru sebagai kempen pilihan raya akan datang iaitu,"MENAIKTARAFKAN PERKHIDMATAN INTERNET DI MALAYSIA."
Internet sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat moden sekarang ini. Jika dulu gah dengan kempen "SATU RUMAH SATU KOMPUTER", jadi kita boleh adakan satu lagi kempen baru iaitu "SATU RUMAH SATU WIFI INTERNET." Apa gunanya ada komputer jika tiada internet. Memang kebanyakkan keperluan komputer untuk mendapatkan penggunaan internet. Kita boleh tengok kebanyakkan rumah sudah memiliki komputer. Malah kerajaan sudah membuat program lnetbook 1 Malaysia untuk para pelajar sebagai inisiatif terhadap kempen yang pertama tadi. Jadi, inisiatif yang sama juga harus dinilai untuk perkhidmatan internet.
Malaysia memiliki beberapa buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet, antaranya Maxis, Celcom, Digi, TM, U Mobile dan lain-lain. Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan tersebut. Antaranya:
1. MAHAL
Kita tidak boleh menafikan perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal. Sebuah broadband dengan kuota 4/5/6 GB menawarkan harga RM68/69. Kebanyakkan orang yang menggunakan broadband adalah pelajar, jadi ini sudah membebani mereka kerana mereka sangat memerlukan internet untuk melakukan tugasan kuliah. Gaji minima yang baru sahaja diistiharkan oleh perdana menteri ialah RM900 di semenanjung Malaysia dan RM700 di Sabah/Serawak. Nilai angka RM68 ini sudah mewakili 7.56 % daripada gaji minima rakyat di semenanjung. Bagi seseorang bergaji RM1,500 dan ke bawah, mereka mempunyai banyak lagi tanggungan seperti duit ansuran kereta, rumah, bekalan makanan, pengangkutan (duit minyak), persekolahan anak-anak. Jadi angka sebegini sudah membebankan rakyat Malaysia.
2. KUOTA SIKIT
Percayalah, kuota 4/5/6 GB untuk pengguna broadband tidak mencukupi untuk menggunakan internet bagi satu bulan penuh. Saya sendiri yang jarang-jarang guna pun mengeluh kerana tiba-tiba kuota broadband sudah habis tamat. Saya percaya yang kuota internet perlu ditambah lagi ke tahap di mana untuk mencukupi satu bulan sekiranya pengguna internet itu menggunakan internet hanya untuk sepatutnya sahaja. Penambahan kuota internet tidak akan merugikan syarikat perkhidmatan internet malah mendatangkan perasaan teruja untuk pengguna broadband terus setia dengan syarikat tersebut.
3. KELAJUAN
Kelajuan internet bergantung kepada sesuatu tempat. Bagi bandaraya, memang kelajuan sangat tinggi. Tapi di kawasan kampung dan pedalaman, kelajuan sangatlah rendah. Tapi ada juga di sesebua bandar kelajuan internet juga rendah. Kelajuan internet juga akan berkurang selepas kuota habis. Kelajuan tersebut tersangat perlahan sehingga membantutkan hasrat pengguna untuk melayari laman web tertentu. Saya harap, pihak yang berwajib boleh menambahkan pencawang di semua tempat di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kelajuan internet di mana-mana sahaja. Maka barulah benar kata orang, "maklumat di hujung jari, di mana-mana sahaja." Saya juga harap semua syarikat perkhidmatan internet menggunakan standard kelajuan normal bagi pengguna internet yang sudah kehabisan limit seperti 200/400/600 kbps. Contohnya macam saya, broadband saya selepas habis limit, kelajuannya paling tinggi adalah 62kbps!!! Dengan kelajuan sebegini, nak layari blog Dato' Seri Najib pun tak lepas.
Setakat ini sahaja permintaan. Saya harap pihak yang berkenaan jangan rasa berbeban dnegan permintaan ini kerana dengan mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat, dapat membuktikan pihak mana yang di sisi benar. Sekali lagi saya merayu agar mereka ini dapat melakukan permintaan/manifesto ini sebelum/selepas PRU-13. Bukannya permintaan ini menjadi manifesto lagi untuk PRU-14.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan