Isnin, 12 November 2012
Alahai Broadband
Sebelum ni aku sering mendengar keluhan kawan-kawan yang ada broadband. Ramai juga yang mengatakan broadband ni sebenarnya berukband. Guano pulok jadi gitu??? Memang pengguna broadband sedia tahu kelajuan broadband ni bergantung kepada tahap liputan kawasan tertentu. Kalau dia tengah guna dalam hutan, kawasan pendalaman, tempat orang tak pernah pergi. memang tersangat slow broadbang tu, umpama siput tengah bergerak atas jalan raya. Ada gak kawasan di sesetengah kampung liputannya kurang baik, nak tengok siaran televisyen kerajaan pun tak lepas. Dah kalau macam ni bagaimana nak jadi negara maju 2020 nanti? Masa ada 8 tahun lagi. Sempat ke nak buat undercovering ni? PRU dah dekat ni.
Jadi, apa yang aku paham penggunaan broadband ni sangat leceh. Sebabnya broadband ni merupakan teknologi tanpa wayar (wireless). Keupayaannya bergantung terhadap liputan kawasan terbabit. Kalau tinggi, lajulah broadband. Kalau rendah, memang tak lepas nak main Facebook.
Baru-baru aku baru sahaja menggunakan broadband. Dah tiga bulan aku guna broadband Maxis. Mula-mula guna, aku ada sedikit masalah sebab ada gangguan teknikal (laptop aku rosak). Okeylah, kira kes ni dikecualikan. Aku pun hantar laptop ni kat kedai. Esoknya aku ambil laptop tu sebab dah siap, tuan kedai dah telefon petang semalam lagi. Aku pun sukalah guna broadband maxis ni sebab sangat laju. Kalau download lagu tak sampai 5 saat pun. Maklumlah, aku kan tengah belajar kat bandar Shah Alam. Shah Alam ni maju, jadi liputan pun mesti tinggi gila. Memang banyak suka lah. Hahahaha.
Tapi kegembiraan aku tak dapat bertahan lama. Apabila aku balik rumah masa cuti raya Aidiladha, aku dapati broadband Maxis langsung tak boleh pakai. Kelajuan sangat. 4kbps jer!!!!! Mana lepas aku nak update blog ni. Aku sangat kecewa. Aku rasa cuti seminggu tu macam terputus hubungan dengan dunia luar. Rumah aku kan atas bukit, tempat perumahan kuarters. Adakah kalau anda tinggal di atas bukit, liputannya semakin tinggi atau rendah??? Maka aku pun dah dapat jawapannya daripada pengalaman broadband Maxis tu.
Habis cuti, aku pun balik semula kolej Cendana kat Shah Alam. Sampai sini, kelajuan broadband kembali ke tahap unlimited. Laju gila bro!!!!
Habis final exam, aku pun balik semula kat rumah aku. Sedihlah hati aku sebab broadband akan mula menunjukkan taring kelembapannya. Ayah aku tanyalah macam mana broadband tu, laju ke slow. Aku pun cakaplah broadband langsung tak dapat guna. Rasa nak tukar broadband lain pula. Ayah aku pun suruh aku telefon Maxis centre. Aku pun telefon lah. Panggilan pertama, lepas setting line broadband, kelajuan broadband aku masih di takuk lama. Tak ada kemajuan langsung. Selepas tu aku buat panggilan kedua sebab rasa tak puas hati. Aku sebagai pengguna ada hak untuk menikmati setiap tawaran yang dipromosikan. Ternyata panggilan kedua itu tidak mengecewakan aku. Broadband Maxis aku kembali menjadi laju. Layan video Youtube pun tak perlu nak tunggu buffering lama sangat. Yahooo!!!!
Ada banyak perkara aku nak kutuk pasal broadband, khusus untuk semua syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet broadband. Broadband ni kalau dah habis kuato, dia akan jadi slow, slow sangat. Nak main blog pun tak lepas. Pelanggan broadband ni dah bayar untuk mendapatkan servis internet. Jadi sepatutnya, kelajuan broadband perlu di tahap normal walau dah habis kuato. Kalau nak diperlahankan, jangan sampai nak buka Facebook pun kena tunggu 5 minit. Satu lagi yang aku tak puas hati pasal broadband ni, Harganya terlalu mahal. RM68/RM69 tu aku anggap terlalu mahal dan tak logik. Malah kuatonya pun rendah, setakat 4/5/6 GB sahaja. Dah lah mahal, kelajuan ikut liputan kawasan pula. Kalau dah habis kuato, makin lembaplah broadband. Aku harap semua syarikat internet kena faham gaji minimum rakyat Malaysia bukanlah di tahap RM4,500 ke atas.
Lagipun Perdana Menteri kita nak satu rumah ada satu internet. Takkan buat promosi jer, inisiatif tak ada ke??? Jadi, harga pengunaan perkhidmatan internet perlu diselaraskan sesuai dengan gaji minimum rakyat supaya semua rakyat mampu beli. Syarikat menjual broadband pun boleh catat untung tinggi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan