Khamis, 29 November 2012
OOhhh My Handphone!!
Telefon apa yang anda guna? Hah, telefon TM? Bukan, bukan telefon rumahlah cantik tapi telefon bimbit kamulah. Samsung? Nokia? Apple? Motorola? LG? Alchatel? Sony Ericson?
Apa saja jawapannya, kamu berhak memilikinya kerana ia milik kamu sekarang (walaupun ayah kau yang belinya). Saya ada telefon jenama Samsung iaitu Corbyl 2. Setakat guna handset Corbyl selama 5 bulan, saya tak beberapa puas dengannya. Memang payah nak menaip mesej guna Corbyl sebab handset ni touchsreen dan paparan skrin Corbyl tak sesuai menaip guna touchsreen. Memang banyak kali salah taip kalau guna Corbyl ni. Aku tulis mesej macam main controller PS3 jer.
Kegunaan handset ni yang utamanya menelefon dan menghantar mesej. Malangnya, aku bukanlah orang yang popular sangat. Aku rasa macam tak dapat dikesan jer kehadiran aku ni. Maka, kesudahannya, tak ada oranglah yang nak telefon aku, nak hantar mesej aku. Aku top-up pun selama ni semata-mata nak memanjangkan tempoh kredit jer. Bukan nak bermain mesej atau nak call seseorang. Jadi apa kejadahnya aku ada handset?
Lama-lama handset aku dah seperti MP3. Buat dengar lagu jer. Kadang-kadang tengok video, yang itu pun aku copy daripada komputer. Corbyl tak beberapa sesuai nak main internet sebab memori dalaman sikit sahaja. Jadi kalau buka banyak aplikasi, dia akan jadi slow dan terus takleh guna. Nasihat saya, guna jer komputer kalau nak main internet, tak pun dapatkan satu smartphone. Yang itu lagi sesuai.
Aku rasa tahun depan nak beli handset baru. Aku tak pasti jenama apa pula nak guna. CSL dah guna. Handset pertama aku guna ialah handset CSL, RM 199 jer.Handset kedua, RM99 jer iaitu i mobile. Yang ketiga baru aku guna Corbyl 2, berharga RM250.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan