Sabtu, 10 November 2012
Final exam is final now
Alhamdulillah, final exam untuk semester pertama dah tamat semalam. Akhirnya exam statistic dah mengakhiri derita exam selama dua minggu ni. Walaupun aku tak dapat menjawab semua soalan dengan tepat, tapi aku dah reda. Tapi aku tak sangka aku tak dapat jawab soalan yang mudah dan senang. tiba-tiba otak aku jadi kosong masa menjawab soalan berkaitan quartile, median dan percentile. Padahal masa ujian sebelum ni, aku boleh jawab dengan cemerlang dan meraih markah penuh. Aku jadi lupa macam mana nak cari median beserta dengan quartile. betul lah ada satu ungkapan yang pernah aku dengar sebelum ni.
"OTAK SAYA BERFUNGSI 24 JAM, BAIK KETIKA SAYA BERMAIN ATAU TIDOR, TAPI AJAIBNYA IA AKAN BERHENTI BERFUNGSI SEBAIK SAHAJA SAAT PERTAMA PEPERIKSAAN BERMULA, TAPI TIDAK PULA MEMBUNUH KITA."
Soal tentang keputusan final exam aku tak mahu ambil peduli. Benda dah lepas biarkan berlalu begitu sahaja. Ia bukan hak kita untuk memilikinya sekarang. Lagipun aku dah buat keputusan untuk ambil subjek Full Further Math yang mana menjadi subjek optional bagi budak engineering. Rasanya subjek ni jauh lagi hebat dari Add Math. Hahahaha, nampaknya semester depan dah aku tambah jam kredit dalam jadual. Memang akan padat jadual aku lepas ni. Tapi aku tak kisah sebab niat aku nak pergi ke INTEC memang untuk belajar, kan? Jadi, mungkin dengan penambahan subjek ni boleh buat aku jadi makin serius untuk belajar.
Semester pertama ni aku tak pernah buat ulangkaji pelajaran. Waktu nak exam jer aku baca buku, tu pun masih sempat nak main game PES13. Macam dalam contoh exam kimia pada hari Rabu tu, aku hanya boleh jawab soalan yang aku dah baca. Soalan yang di mana topik tu aku tak pernah baca sebelum ni aku tak dapat jawab. Maka dah hilanglah 1/3 daripada markah penuh kimia tu. Jadi, daripada exam kimia tu, aku dapat rumuskan, aku memang bijak. Topik yang aku dah baca, aku boleh buat soalan tu, tapi topik yang aku tak sempat baca (sebab main game GRID dan PES13) aku tak boleh nak jawab soalan tu. Pengajarannya, kalau aku betul-betul nak markah tertinggi, aku kena kuasai semua topik. Baru boleh jadi bijak. Perasan yang melampau, bukan???
Aku sekarang tengah melepak dalam bilik kolej kediaman Cendana, tengah menulis artikel ni. Beberapa jam lagi, aku akan naik bas ?????? untuk balik rumah. Selamat tinggal Cendana, awal tahun nanti kita jumpa balik okey.
Aku memang nak sangat nak balik kampung sebab nak main game, dan layan movie. Kerja part time??? Minat juga sebab boleh dapat duit. Nanti aku boleh beli handset baru dan apa yang aku nak beli.
Bereh dah tu.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan