Filem yang bagus juga memerlukan skrip yang bagus. Corak
perjalanan harus kreatif tapi tidak terputar belit sehingga tidak dapat
difahami. Malah unsur kelogikkan juga perlu diambil kira, kalau tidak, cerita
itu akan dianggap pelik kerana mempamerkan jalan cerita yang tidak ada sangkut
pautnya. Berapa banyak filem yang dimusnahkan kerana mempunyai idea yang
menarik dan segar tapi dimusnahkan oleh jalan ceritanya?
Contohnya cerita Mantera
lakonan Tomok, cerita itu boleh dianggap menarik kerana mempamerkan robot-robot
canggih. Tapi sayangnya konsep idea filem ini telah dimusnahkan oleh jalan
ceritanya yang berbelit-belit. Sayang bukan?
Jangan pandang rendah pada kemampuan skrip cerita. Ia mampu
untuk memusnahkan sesebuah cerita kalau tidak disusun dengan kemas. Jalan cerita
yang bodoh tidak dapat menarik perhatian penonton, malah penonton akan
bertambah muak dengan cerita terbabit. Seelok-eloknya, rangka dengan teliti
skrip yang akan digarap nanti. Cuba tengok filem Ombak Rindu yang diadaptasikan
daripada sebuah novel. Ini bermakna filem terbabit mempunyai jalan cerita yang
bagus kerana kita sedia maklum, garapan cerita dalam novel amat cemerlang dan
boleh merangkul anugerah penulisan gemilang.
Drama bersiri Adam dan Hawa juga mencatatkan rating tontonan
tinggi, bukan satu kebetulan juga kerana drama terbabit juga berasal-usul
daripada sebuah novel gak. Jadi, jangan teragak-agak untuk menganalisis
sesebuah skrip terlebih dahulu sebelum diterjemahkan dalam filem. Kaji dahulu
adakah skrip tersebut sudah mantap atau masih ada kekurangan yang ketara? Buang
perasaan malas untuk melakukan penyelidikan teliti terhadap skrip tersebut. Seperti
sesebuah karya novel ada editor sebagai penilai berkualiti, maka sesebuah skrip
filem juga amat perlu sebegitu juga.
Kalau boleh, dapatkan pengalaman menulis skrip daripada
orang yang sudah pakar. Buat satu perbandingan dengan filem-filem terdahulu. Lihat
skrip filem terbabit dan kejayaan filem tu dalam panggung wayang. Dapatkan pandangan
dan komen penonton bagi mendapatkan kekurangan dalam filem tersebut.
Ada beza
skrip filem lima kali setahun dengan lima tahun sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan