Jumaat, 11 Oktober 2013

Suka kahwin sorok-sorok?



   Orang yang dah berkahwin tak perlu nak sorok-sorok status mereka. Kan korang semua dah sah jadi suami isteri. Kenapa malu nak mengaku? Tak kiralah kahwin sebab kena paksa, terpaksa atau rela, kenduri kahwin kena buat walaupun hanya dengan seekor kambing.

   Kahwin tu kan suatu perkara mulia. Kalau kahwin cukup syarat macam ada suami isteri, ada wali, ada saksi, dan sempurna ijab kabul, kira kahwin tu memang sah. Kecualilah kalau kahwin tu buat kat sempadan Thailand, kahwin koboi la katakan. Yang jenis macam ni, eloklah pergi beritahu keluarga dulu, kalau diorang marah pun, korang dah kahwin, siap pergi bulan madu lagi.

   Aku kekadang pelik gak dengan orang zaman sekarang. Budak-budak couple sekarang ni takde perasaan malu nak declare yang diorang dah couple dalam media sosial. Siap post gambar bersama lagi, berpegang tangan, kissing kissing, peluk-peluk dan banyak lagi perkara sumbang. Orang beri nasihat marah. Orang suruh kahwin kata tak ada duit.

   Tapi bila tiba bab kahwin, senyap pula. Kenduri tiada, kad jemputan kahwin tak pernah dapat, tup tup dah tinggal bersama. Bila tanya, cakap dah kahwin. Tengok dalam rumah, gambar pengantin pun takde. Anak-anak nanti nak tengok gambar apa nak dijadikan sumber inspirasi demi cinta suci mak ayah mereka?




   Itu yang anehnya. Kalau couple selalu update status jiwang. Asyik tweet pasal cinta je. Siap panggil nama panggilan ‘abi’ dan ‘umi’ lagi. ush, gelinya! Kalau pergi jenguk dekat instagram, ada je gambar mereka berdua tengah syok bercinta. ‘doakan kami bahagia sampai jannah.’ Diorang tak malu ke buat dosa camtu tapi claim apa yang diorang buat sebagai benda betul??

   Kalau dah suka sama suka, tak perlu tunjuk pada masyarakat. Tak perlu nak hebah dekat Facebook atau Twitter yang korang adalah pasangan paling sweet. Annoying tau tak. Buat senyap-senyap la sebab status couple korang masih lagi ada batas dan boleh datangkan dosa jika langgar sempadan tu. Apatah lagi jika korang sebarkan lagi aib kepada semua orang. Bertambah lagi dosa-dosa korang.

   Yang perlu masyarakat tahu korang dah berkahwin, korang hebahkan yang kenduri korang sangat meriah, keluarga dua belah keluarga nampak pengantin lelaki tengah ‘bertarung’ dengan tok kadi pasal pertanyaan tentang islam. Kalau korang artis, buat sidang media atau post tweet yang korang dah kahwin beserta gambar, walaupun korang tak mahu ajak wartawan sekalipun.


   Couple suka buat kecoh, tapi bila kahwin senyap-senyap. Nampak suka orang kita suka sebarkan perkara jahat tapi bila buat benda baik, macam takut jer sampai kena sorok. Nanti aku harap takde pula kawan-kawan aku yang kahwin lari pergi Siam. Takut nanti post tweet kata dah ada anak. Aik, bila masa pula korang kahwin?? Tak ajak aku pergi kenduri tu aku dah marah, tapi paling kurang, korang ada twitter, facebook, instagram, wechat, whassap,kakao talk, line, pandai-pandai declare yang korang dah sah jadi suami isteri.


Sebab-sebab orang lebih suka kahwin koboi daripada buat kenduri kahwin.. hehehe

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa assume orang yang announce kat facebook yang diorang "couple" tu orang sama yang tak announce bila dah kahwin? Mungkin kedua-dua tu spesies yang berbeza. Ada sesetengah orang yang memang low profile dalam semua segi. Couple pun low profile, kahwin pun low profile jugak. Ikhlas untuk berkahwin sederhana (jemput kawan dan keluarga terdekat je) atau tak mau megah2.

"Tengok dalam rumah, gambar pengantin pun takde". Wajib ke gambar kahwin? Again, ni ikut citarasa masing2. Yang penting suami, isteri, keluarga tu bahagia. Gambar, announcement, kenduri kendara, heboh2 dan lain-lain perkara hanya simbolik/luaran. Hati sendiri dan hati pasangan lagi penting dari hati orang luar.

Moral: Jangan cepat assume dan condemn apa yang orang lain buat dan takde kaitan dengan kita. Kita tak ada hak untuk menilai orang lain. Sekian terima kasih.

Amir berkata...

yg penting announce perkahwinan pada org terdekat utk elak fitnah..