Cuti hari Jumaat, tapi malam Jumaat dah balik. Cuti pula sampai hari Rabu. Sampai kolej nanti, sedar-sedar dah ada test fizik dan matematik. Balik rumah bawa buku, tapi tak belajar pun. Buka buku pun tak langsung, padahal bazir masa dengan main game.
Budak-budak lain semua balik esok sebab ada IELTS exam tapi kau tak ambil IELTS. TOEFL pun tak tahu ada berapa soalan. Masa nak dekat final baru terhegeh-hegeh nak buat latihan. Masa tu kau dah rasa terbeban dan tak sanggup nak pikul lagi.
Seberkas kayu laratlah nak angkat tapi kalau datangnya berton-ton, lori pun terlebih muatan. Pagi Jumaat ni bukannya nak tidur awal untuk mata segar masa khutbah nanti. Bukan apa dalam bas tadi dah tidur. Buka-buka mata dah nak sampai rumah dah.
Harga tiket mahal aku dah komen dalam post sebelum ni. Nasib baik tempat duduk jenis gaya 2+1 (double and single seat). Tapi sayang ruang dalam bas sangat sempit. Tempat duduk pula, adush, selesa lagi kalau dibandingkan dengan bas INTEC. Tapi boleh pula aku tertidur sampai bengkak mata nak buka. Ala, mata dah mengantuk beri batu jadi bantal pun lentok kepala.
Erm, ni saja untuk pagi Jumaat yang mulia. Ni bukan nasihat atau tazkirah, tapi sekadar luahan dari hati. Ustaz dalam kelas aku pernah bercakap, masa paling afhdal, sesuai untuk berdoa dan minta apa-apa sahaja, iaitu petang Jumaat, lepas orang lelaki solat Jumaat. Sebab tu orang yang nak buat sumpah laknat lian dibuat lepas solat Jumaat, menghampiri waktu asar. Tapi jauhkanlah daripada bersumpah laknat kecuali perlu. Berdoa tu memang digalakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan