Aku geram betul la dengan pelan data broadband Celcom ni. Cepat sangat pelan data berubah tanpa ada mesej pemberitahuan. Benda ni sangat penting sebab melibatkan kepercayaan pelanggan dan duit kami juga. Malangnya mesej-mesej iklan boleh pula kerap kali masuk dalam inbox. Informasi pasal perubahan pelan data tiada pula.
Dua bulan lepas pada Ogos, aku ada beli Celcom M30 a.k.a. Celcom Frenz dengan kawan-kawan aku yang lain. Data 1 GB tapi unlimited. Speed pada asalnya akan dikurangkan tapi kalau pandai main connnect disconnect, kita akan dapat speed normal balik. Pelan ni lebih mahal sikit daripada Celcom 1 Malaysia dan SKMM tapi berbaloi sebab speed lebih tinggi daripada pelan lama ni.
Bulan pertama aku guna memang puas hati. Laju je. Maklumlah guna dekat bandar besar ni. Tapi bila aku balik rumah di Terengganu, speed jadi lembap. 3G di Terengganu memang slow gila. Yang tu memang aku tak boleh nak komen apa-apa sebab kawasan sini memang line lembap gila.
Masuk bulan kedua, aku pun nak topup balik untuk aktifkan semula subscribe data. Aku topup RM30 dan hantar mesej macam biasa. Semalam aku tunggu tapi takde mesej yang dibalas pun. Kan aku guna terus tanpa sahkan guna mesej habis saja duit RM30 sebab dia akan caj normal ikut 1kbps berapa sen kau hilang, bukannya RM30 untuk satu bulan.
Lama aku tunggu. Tanya kawan aku baru tahu pelan ni dah kena bantal dan diganti dengan pelan yang lebih mahal walaupun diberi data lebih besar, 2 GB. M30 dah jadi M38. Bapak ah mahal. Aku nak topup RM10 pun malas, apatah lagi nak tambah lagi berpuluh-puluh ringgit. Sebab aku nak inginkan sangat speed tinggi dan data unlimited, terpaksa aku reda dengan pelan baru ni.
Kecewa juga sebab tiada mesej masuk nak beritahu tentang ni. Tapi mesej iklan berlambak masuk setiap kali aku connect data Celcom ni. Aku beli pelan M30 sebab nak topup RM30, bukannya tiba-tiba kena topup RM40 pula. Bulan depan, tahun depan, aku tak tahu M38 akan dikekalkan lagi atau dinaikkan 'taraf' sekali lagi.
Aku harap Celcom boleh efektif dan cekap tentang hal ni untuk masa depan. Biasanya dalam medan pertarungan dunia internet, hanya ada pesaing Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, P1, Yes dan TM. Nampak macam banyak tapi hakikat wujud unsur dominasi dalam tiap-tiap kategori. Aku malas nak cerita banyak sangat. Kan habis juga data aku ni kan.
Oh ya, cara nak aktifkan Mi38 ni kita kena taip Mi38 dan hantar ke 28882.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan