Aku ni masih mengelamun lagi. Perasaan baru sahaja semalam datang ke kolej. Tiba-tiba tinggal kurang sebulan lagi nak final exam. Apa? Betul ke ni? Aku tak perasan yang masa dah berlalu dengan pantas. Tengok-tengok masa dah melangkau jauh daripada aku.
Kalau boleh aku undurkan masa, mahu saja aku betulkan apa yang aku buat silap. Tapi itu tak boleh. Aku memang tak boleh balik semula ke masa lepas. Bagi aku, masa silam hanyalah satu televisyen buruk, boleh ditonton tapi tak boleh diubah lagi jalan ceritanya. Maka fahamlah aku masa silam ni sebagai pengajaran untuk aku.
Aku mampu berjanji untuk buat apa saja namun mampukah aku melaksanakannya? Sebab tu aku jarang bercakap dengan sesiapa. Aku jadi pasif sejak dari kecil lagi. Sampai sekarang aku masih tak ada kawan yang betul-betul rapat.
Kalau aku tersedar lebih awal tentang perkara yang boleh membawa perubahan dalam hidup, mampukah ia membawa manfaat kepada aku? Aku rasa macam hilang nafas kerana bebanan yang perlu ditanggung akibat suka bertangguh-tangguh. Sekarang aku dah mula sedar, berbanding dulu. Aku yang dulu jatuh, kini sudah mendongak kepala daripada terus tertunduk.
Namun hati kecil ini mendetus, bolehkah aku terus berlari pecut seperti kawan-kawan lain ketika aku bersusah payah nak mengangkat diri? Tapi aku tahu yang diri sudah tersedar dan matlamat kini adalah berlari sama laju dan paras dengan mereka semua. Semuanya belum terlambat selagi kibaran final exam belum berkibar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan