Selasa, 8 Oktober 2013

Tiada minat tiada masalah bro!


   Setiap kali nak final exam, mesti aku akan tulis post yang aku nak berubah, aku nak insaf dan lain-lain lagi. padahal, aku tak pernah berubah walau seinci pun. Malah lebih teruk lagi aku jadi semakin hilang minat nak belajar dalam bidang engineering ni. Agak-agak kalau aku dicampak dalam bidang lain, aku akan jadi pelajar cemerlang ke?

   Rasanya tak sebab perangai ni susah nak diubah walau aku ditawar dalam bidang medic atau sastera. Bagilah budak rajin dan bijak, semua bidang dia boleh tangani dengan mudah. Asalkan bidang tu berkemampuan dengan kebolehannya.




   Ambil contoh macam Lionel Messi, pemain terbaik dari Argentina dan kelab power dunia, Barcelona FC. Letak Messi jadi striker atau bahagian serangan, mesti menangis punya pasukan lawan kena gol banyak kali. Tapi kalau kita Messi jadi back atau goalkeeper, macam mana? Haha, mesti dia akan lari balik ke atas walau kena marah. Kalau dia tetap jaga pertahanan, alamak penatlah Valdes nak selamatkan bola.

   Walaupun final exam untuk semester ni tiada warning keras daripada sponsor, maknanya tak akan kena buang, tapi score kali ni jadi panduan untuk aku target sasaran untuk peperiksaan sebenar pada tahun depan. Satu lagi, aku nak cuba buktikan pada diri sendiri yang aku mampu survive dalam bidang engineering ni.

   Kadang-kadang aku rasa macam bencinta dengan engineering. Sekejap suka, sekejap tak minat. Minat aku lebih ke arah penulisan dan lukisan. Tapi sayangnya kerana beberapa sebab, semua bakat aku dalam bidang tu dah berkarat. Lukisan aku dah tak menjadi, lebih teruk daripada orang tak pandai melukis.

   Aku pun kena ambil masa nak tulis karangan cereka. Sedangkan dulu aku mampu buat beberapa buah cerpen. Menyesal juga sebab tak asah bakat yang aku minat. Sebabkan aku lebih fokuskan dengan bidang sains dan ‘mabuk’ dalam kecemerlangan fizik serta kimia, akhirnya aku hilang apa yang aku inginkan.

   Mula-mula tu aku sedar yang aku tak mampu berada dalam kelas sains masa form 4. Aku tidur dalam kelas, aku tak faham apa cikgu ajar, aku tak buat latihan, dan aku rasa pening biarpun aku pelajar PMR masa tu. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain boleh saja ikut apa yang cikgu ajar.


                                   


   Tiba-tiba aku dapat tawaran pergi ke sekolah berasrama penuh (SBP). Mula-mula tu rasa cuak sebab aku dah dapat kesan yang aku bukan berbakat dalam sains tapi tak pula aku minta dengan cikgu nak tukar ke aliran sastera atau ekonomi. Masa tu aku rasa malu kalau minta ke bidang yang kurang populariti. Biarlah result first exam tu menjadi bukti kepada cikgu yang aku tak mampu berjuang dalam bidang sains. Nanti bila mereka suruh aku tukar, dengan suka hati aku akan tukar.

   Fikir-fikir tu, akhirnya aku nak pergi juga ke SBP tu. Matlamat pertama aku sebab nak merasai pengalaman tinggal di asrama. Lepas tu aku fikir duduk SBP ni nanti akan jadi pandai sendiri sebab buat latihan banyak dan semua kawan bijak boleh tolong ajar. Nasib baik tekaan aku tu betul. Tapi nasib aku kurang baik sebab SPM dapat 1 B, bukan semua A. kecewa gak masa tu.

   Masa asasi aku dapat Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya. Tapi aku tak dapat nak survive dekat sana, sama keadaan masa aku di sekolah lama ketika form 4. Aku memang betul-betul tak faham apa yang cikgu ajar. Latihan buat banyak kali pun aku masih tak reti gak. Masa tu terdetik hati nak ambil bidang human science.

   Alkisah, aku dapat pula tawaran pergi ke INTEC di Shah Alam. Alang-alang dapat bonus sponsor dengan harapan aku sudah berkecai di UIA, maka aku pun pindahlah. Ya, aku memang dapat survive di sini. Aku dapat faham apa yang cikgu ajar. Tapi sayangnya perangai aku pula yang berubah. Aku jadi malas, tak buat assignment, tidur dalam kelas.

   Aku dapat rasakan jiwa aku ni betul-betul nak lari daripada bidang engineering. Walhal masa aku duduk di SBP, aku tak minat dengan aliran sains teknikal. Aku lebih minat nak ambil biologi sebab aku dah dapat first sense yang engineering is not my ability and taste. Tapi sayangnya aku sudah terperangkap dalam bidang ni.

   Aku boleh keluar engineering dan pilih bidang lain masa first semester tapi aku tak buat sebab malas nak campur dalam urusan leceh lain. Akhirnya aku merana sebab jiwa aku memberontak. Tapi aku cuba juga nak minat bidang ni.




   Selalunya aku terbayang mengenai peralatan teknologi canggih. Aku teringin nak cipta suatu alat macam robot yang boleh menyelam ke dasar laut untuk mengkaji status kehidupan di sana. Malah aku juga teringin mencipta kapal yang membolehkan manusia melakukan eksplorasi di dark side of moon. Mungkin ini adalah gambaran pertama untuk aku minat dengan engineering.

   Aku dah tak boleh balik semula pada bidang dulu, penulisan dan lukisan. Bakat tu aku dah hilang. Kreativiti dan imaginasi aku sudah tersekat saluran untuk mengalir di atas kanvas, sama ada huruf atau garis, itu semua hanyalah cerita lama.

  Oh ya, final exam, ada 20 hari lagi untuk aku cover balik topik yang aku malas belajar sejak dari first semester lagi. bolehkah aku? Mampukah aku? Tapi aku tahu, aku sudah separuh mampu untuk itu kerana aku masih mampu survive dalam bidang ni. Kalau orang lain rasanya dah lama kibar bendera putih.

Tiada ulasan: