Rabu, 30 Oktober 2013

Cerita-cerita seram di sini 2.0



   Dulu aku pernah cerita kisah seram yang ada di Pusat Asasi UIAM dekat Petaling Jaya. Sebenarnya dekat sana aku tak pernah pun mengalami pengalaman pelik disebabkan jodoh aku di UIA hanya selama sebulan. Lepas tu aku berpindah pula ke Intec. Persoalannya, adakah di Intec juga mengandungi kisah-kisah hantu?

   Sepanjang tiga semester aku berada di sini, belum lagi aku berjumpa dengan sesuatu yang tak diingini. Lagipun dekat sini jarang orang bercerita tentang hantu. Kalau hantu dekat pawagam tu lain pula cerita. Yang tu cerita dengan kolej Cendana. Tiada bunyi pelik. Tiada penampakan aneh. Tiada bau atau tangisan merengek-rengek di malam hari. Segalanya normal.

   Tapi lain pula cerita bila aku berpindah kolej di Cemara. Mula-mula masuk sini rasa creepy gak sebab kolej ni nampak usang dan buruk. Maklumlah kolej lama tapi bagus sikit daripada kolej Abu Bakar dekat CFS IIUM. Ada pula nak banding kolej dengan UIA. Lama-lama tinggal sini baru aku mendengar cerita hantu.

   Tiap-tiap malam kau boleh dengar bunyi kerusi bergerak sama ada dari bilik kau atau bilik lain. Kalau bilik lain kau boleh anggap diorang study tapi betul ke? Gangguan bunyi perabot bergerak ni hampir setiap penghuni boleh dengar. Aku pun tiap-tiap malam boleh dengar sebab tidur lambat. Aku tahu dekat ruang tamu tu kosong dan semua orang dah tidur tapi kenapa masih ada bunyi kerusi bergerak?

   Cerita hantu semakin bertambah ketakutan dengan wujudnya page INTEC CONFESSION yang bertujuan untuk melafazkan rasa suka pada crush. Tapi aku belum confess lagi pasal tu. Ada juga budak yang confess cerita hantu dekat situ. Mula-mula cerita pasal bunyi kerusi bergerak dari bilik lain padahal bilik tu kosong!

   Lepas tu cerita nampak penampakan lembaga putih dekat ampaian, sebelah ruang tamu dan dapur je. Bayangkan malam-malam kau nampak macam benda putih tu bertenggek dengan ampaian. Kau nak assume apa lagi? Pergi tidurlah cepat. Kan benda tu melekat pula dekat kau. Cerita semakin berkembang dengan bunyi cakaran dari dalam almari, nampak kaki terlunjur di bilik air, nampak perempuan tidak bermuka tengah melambai muka dari kolej lain, mimpi nampak lembaga putih tengah buat gaya solat tapi bukan solat, dan macam-macam lagi cerita confession yang dipost dalam page tu.

Setakat ni tiada cerita-cerita khusus tentang perkara seram ni. Dekat sini tiada pula kem askar zaman dulu atau cerita lagenda budak bunuh diri atau amal ilmu hitam. Cerita seram dekat sini hanya berlaku jer, tanpa sebab atau puncanya. Masalah cerita hantu ni hanya berlegar dalam kolej Cemara dan Akasia. Cemara ni kolej lelaki (dulu ada dua blok untuk perempuan tapi mereka dah berpindah ke Akasia). Akasia ni pula kolej perempuan dan jarak kedua-dua kolej hanya seberang jalan. Hanya kolej Cendana saja terasing jauh di ceruk Seksyen 6.

   Kolej Cendana ni bersih dari cerita hantu, setakat aku tinggal selama dua semester di sana. Aku pernah duduk seorang dekat sana dengan satu laman blok semua gelap gelita tiada orang. Nilah padahnya balik awal sangat lepas cuti hari raya. Tapi alhamdulillah tiada pula berlaku kes dunia ghaib ni.

   Aku dah lama tak baca confession di INTEC CONFESSION sebab internet biru ni lembap sangat. Yang aku tahu cerita-cerita hantu dah berkurangan. Ni mungkin sebab kitaorang ni ada final exam dalam dua tiga minggu ni. Aku tak jamin sama ada cerita hantu ni betul ke tak. Penulisnya kita tak tahu siapa. Hanya orang pernah kena saja yang tahu tentang ‘kekerasan’ kolej ni.

   Kalau tak nak kena ganggu perlu tanya senior lama tentang tip jaga bilik takpun pergi terus tanya ustaz. Kalau dapat bilik baru, jangan terus tidur atas katil. Kibaslah dulu atas katil untuk buang kekotoran walaupun nampak bersih. Masuk bilik bagi salam. Rajin-rajinlah mengaji. Paling kurang cuba solat dalam bilik tu untuk beri petanda bahawa ahli bilik adalah orang islam. Yang paling penting sekali jangan buat maksiat dalam bilik.

   Banyak bangunan jadi berhantu sebab penduduknya banyak buat perkara maksiat. Tak percaya cuba cari cerita tempat berhantu di Malaysia dekat Google. Paling penting sekali kuatkan hati. Jangan jadi lemah semangat. Orang yang lemah memang senang kena buli. Budak kecil pun berani pijak kepala. Kalau jadi orang kuat, orang pun hormat dekat kita.


   Kalau ada sesiapa nak buktikan kesahihan cerita ni, bolehlah datang ke kolej Cemara. Mungkin Uncle Seeker boleh buat kajian paranormal dekat sini. Mana tahu Uncle boleh dapat gambar terbaik dari INTEC. Diorang pun nak bergambar juga. Tapi tak jaminlah sebab pak guard memang tak bagi orang luar masuk tanpa kebenaran. Budak-budak Cemara sendiri nak masuk pintu pagar kena tunjuk ID student. Creepy lagi kan daripada cerita-cerita seram.

Tiada ulasan: