
Exam TOEFL tinggal lebih kurang tiga minggu lagi. Hari Jumaat ni keputusan SAT akan keluar. Entah elok ke tak result aku tu. JPA nak markah lebih kurang 1,400 daripada 2,400. Aku hari tu masa test setiap minggu pernah dapat 1,500+. Exam sebenar ni tak tahulah dapat berapa.
Kalau dapat kurang, aku tak pasti nak repeat ke tak. Yang pasti aku malas nak repeat balik. Kalau ramai yang nak ambil SAT semula, mungkin aku akan fikir balik. Tengoklah kalau JPA betul-betul serius nak budak-budak lepas point tu.
Mengenai TOEFL, aku tak beberapa yakin boleh berjaya ke tak. Iyelah, aku setakat ni tak buat exercise lagi. Kelas yang ada pun untuk IELTS. Jadi terpaksa skip kelas. Sepanjang semester ni, takde spesifek kelas untuk budak yang akan TOEFL untuk program A-Level. Kalau kelas SAT tu adalah buat tiap-tiap minggu.
Erm, aku pun terkejut bila tahu requirement untuk TOEFL adalah 100/120. Tinggi markah tu. Score tu rasanya lebih tinggi daripada requirement JPA untuk budak yang ambik IELTS. Padahal universiti yang aku minta semua minta score TOEFL rendah, paling tinggi 90.
Tak apalah, memang ni dugaan budak yang nak minta Amerika. Ada sikit cabaran nak pergi belajar di oversea. Takdelah memain dan tidur dalam kelas. Masa ada lagi. Mungkin aku patut buat banyak sikit latihan. Erm, mungkin kalau aku nak betul-betul berjaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan