
Senang hati bila aku dapat habis jawab soalan SAT semalam. Walaupun payah, susah, tak faham, tapi siapa peduli, janji exam dah habis, hilang semua keraguan di hati. Lepas ni baru boleh aku tumpu pada subjek lain. Hehehe, ingatkan budak PMR jer merdeka, aku pun dah 1/4 merdeka ni.
Aku ni belajar dekat Shah Alam tapi ambil exam SAT dekat Penang. Sebenarnya dekat Subang pun ada juga exam SAT cuma tempat tu dah penuh masa aku nak daftar. Jadi, nak tak nak, aku kena pergi juga Penang. Nasib baik aku ada kawan yang boleh hantar kami ke sana dengan keluarganya. Dalam kelas aku ada 4 orang yang kena ambil SAT dekat sini. Aku ikut kawan yang pergi sekali dengan keluarga. Dua orang lagi naik flight dan tidur di rumah saudara mereka.
Diorang memang baik. Hari Jumaat belanja makan di Pak Usu Ketam. Penuh ketam atas meja sampai aku muak dengan kuahnya yang banjir. Semalam pula pergi makan dekat Dataran Ikan Bakar di Kedah. 4 ekor ikan bakar siap terhidang dengan sosnya yang menyelerakan. Hari ni makan ikan bakar Din dekat Bertam. Ada lah lebih kurang RM130 sekali beli. Ikan ada 3-4 ekor ataas meja.
Aku pun teruja juga nak mari Penang. Maklumlah masa sekolah dulu tak pernah join rombongan sekolah pergi melancong sambil belajar 2 hari 2 malam. Inilah kali pertama aku jejakkan di bumi Penang ni. Yang pasti dekat pulau ni, wajib kena ada GPS. Jalannya sangat bersimpang siur dan boleh memeningkan kepala.
Akhirnya dapat juga aku merasa nak naik feri dan jambatan Pulau Pinang. Dekat sini, banyak juga rumah orang kaya. Nak jumpa kuil dan gereja sangat mudah dekat sini. Jalan sikit jumpa tempat mereka. Cuma setakat aku dengan kawan-kawan lain meronda kawasan Penang, tak pernah jumpa pun masjid. Adush, kurang peruntukkan juga ke?
Aku pun tak nak cakap banyak. Nanti sampai kolej aku rasa nak mula balik belajar yang aku tinggalkan sejak first sem walaupun third sem aku ni dah mula habis. Hahahaha. Biasalah, aku kan layak dapat anugerah pelajar paling malas tiga sem berturut-turut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan