Isnin, 21 Oktober 2013

Bayangan Dead Island




   Aku beli game Dead Island pada awal semester, iaitu bulan Julai. Aku beli game ni sebab tertarik dengan aktiviti penghapusan zombie tanpa rasa bersalah. Rasa nak tembak tanpa henti kalau ada machine gun. Tapi sepanjang aku main game, aku jarang guna pistol. Peluru limited, sikit sangat. Kebanyakkan aku guna kick dan punch untuk hapuskan zombie.

   Lepas tu aku guna melee weapon sebab zombie akan lebih cepat mati. Mula-mula main rasa bosan sebab tiada pistol. Senjata canggih macam tu kena cari dekat kawasan tertentu. Kalau ada pun, peluru hanya tinggal 6 butir sahaja. Lepas lama sikit main baru timbul rasa seronok sebab misinya sangat best.

   Mula-mula main kau akan tertumpu dekat kawasan resort dan pantai. Lepas tu kau akan pergi ke bandar. Kemudian kau akan menjelajah masuk dalam hutan. Akhir sekali kau pergi ke pulau yang ada penjara besar untuk selamatkan isteri gabenor. Benda yang paling celaka dalam game ni adalah zombie dan punk.





   Zombie jenis walker dan infected paling mudah untuk dikalahkan. Kau tumbuk, tendang zombie tu dah mati. Tapi zombie jenis Thug, Suicider, Ram, Butcher, dan Floater ni akan menyebabkan aku lari laju-laju daripada lawan diorang ni. Zombie ni macam kebal dan payah nak dibunuh. Dalam banyak-banyak zombie ni, Ram dan Butcher aku tak pernah bunuh pakai senjata. Aku bunuh pakai kereta sebab ni je satu-satunya cara paling selamat untuk bunuh mereka.

  Punk ni pula penjenayah tapi masih lagi manusia.Mereka bukan zombie tapi mereka tetap musuh utama kerana mereka ada pistol untuk bunuh player. Punk ni kejam dan tak berhati perut. Kalau nak pistol dan peluru, dipersilakan bunuh Punk ni dulu baru boleh ambil.

   Entah macam mana dalam minggu lepas aku start balik main game ni. Tiap-tiap masa aku main game ni sampai ke Act 4 dah, iaitu stage terakhir. Dah sampai tempat terakhir aku tangguh sekejap sampai habis final exam. Malam tu aku keluar bilik sebab nak pergi ke mesin basuh. Tiba-tiba je aku rasa pelik masa keluar. Aku rasa takut dan cemas.

    Rasa ada zombie tengah kejar dekat belakang aku. Terbayang-bayang aku teringatkan Butcher tengah berlari mengejar aku dengan tangannnya setajam pisau! Dahlah masa tu malam, gelap, lagilah rasa macam tengah duduk dalam hutan tempat di Dead Island tu. Fuh, memang bahaya game Dead Island ni sampai aku. Sampai terbawa-bawa ke alam realiti. Nasib baik aku tidur tak mengigau pasal zombie.


zombie Ram


   Mungkin aku kena kurangkan masa main game seram ni. Lebihkan masa untuk study. Hahahaha. Aku ni malas study. Aku tak nak pula sampai jadi trauma keluar bilik sebab takut zombie Ram akan rempuh kau sampai hilang nyawa! Seram beb.

7 ulasan:

Aisy berkata...

mcm mana nak dptkan game ni?? mcm best je

Amir berkata...

beli dari kedai, RM10 satu CD.. tapi kalu nak free, download jer dekat torrent.. UM kn internet laju

http://kickass.to/usearch/dead%20island/

Aisy berkata...

yeah!!!! lepas final ni aisy nak main game puas2

Amir berkata...

mintak copy jer game dgn classmate.. rasa diorang ada bnyk game.. kalu bnyk duit boleh borong CD game kt kedai

Aisy berkata...

okay........ huhu, classmate> ckp psl classmate, diorg tak main game2 ni, diorg study je. haha.

Amir berkata...

dah camtu, raisya pun kena rajin study gak la... nak free download jer game

Aisy berkata...

hehehe... alaaa, aisy nak download ni pon itu lepas final ni...