Erm, kadang-kadang kata tu buat aku rasa macam robot terlatih di SBP. Tak semestinya budak SBP suka pilih jadi doktor atau jurutera. Lagipun SBP kan menawarkan bidang aliran sains. Sudah tentu minat kebanyakkan budak SBP ke arah perubatan atau teknologi. Lainlah macam sekolah lain yang turut menawarkan aliran ekonomi, sastera, sukan. Lagipun ada jer budak SBP ambil bidang perakaunan masa degree.
Aku? Entah, aku pun tak tahu macam mana aku boleh terambil bidang engineering ni. Orang kata budak engineering ni suka mencipta dan berimaginasi tentang mesin. Tapi aku lebih suka berimaginasi tentang kehidupan, maksud aku daripada sudut pandangan seorang sasterawan. Iya, aku memang minat bidang penulisan.
Dari kecil lagi aku suka menulis. Dulu aku tak berani mencuba perkara baru atau bahaya. Jadi aku akan terperap dalam bilik dengan buku dan majalah. Masa sekolah rendah dan menengah, aku lebih suka duduk di pustaka daripada pergi makan di kantin. Aku tenggelam dengan buku karya lama seperti Arena Wati, A. Samad Said, Abdullah dan lain-lain lagi.
Tapi aku hanya terfokus pada bahasa Melayu. Masa tu aku cukup tak suka pada bahasa asing macam Inggeris. Aku lemah nak kuasai bahasa Inggeris sebab aku ada kelemahan bibir nak bercakap dan telinga aku kurang menangkap makna. Sedangkan nak bercakap bahasa Melayu aku dah tergagak. Telinga pun tak faham apa yang cikgu ajar di depan. Dengan lain kata, auditori dan pertuturan aku sangat lemah.
Satu-satunya dimensi atau saluran aku untuk memahami dunia adalah melalui tulisan atau gambar. Aku tiada masalah untuk memahami apa yang aku baca kerana aku sedia untuk memahami. Tak perlu nak fikir panjang, faham saja perkara tu sebagai fitrah hidup. Tak perlu sebab atau alasan mendalam.
Tapi macam mana kalau kalau saluran yang kau ada turut terganggu? Waktu SPM dulu, aku dah kurangkan dengan membaca buku. Pustaka pun aku dah jarang lawat. Akibatnya, aku dah rasa macam kurang sesuatu dalam hilang. Ada roh yang hilang dalam diri.
Tapi semuanya dah terlambat. Aku dah tiada intuisi nak membaca. Aku dah bosan dengan buku sastera. Tapi aku tak juga jatuh cinta dengan dunia sains. Cuma imaginasi aku semakin bertambah, seolah-olah aku ni seperti ahli saintis. Kadang-kadang aku melihat diri sebagai pengarah filem yang menghasilkan sebuah filem yang berkualiti, jauh mengatasi filem Hollywood lain.
Persoalannya, bolehkah minat menjadi kerjaya? Bagi aku, tak semestinya minat boleh menjadi kerjaya. Minat aku pada sastera tapi sekarang aku tengah belajar engineering. Memanglah kalau orang tengok aku belajar dalam kelas macam orang takde harapan dalam engineering. Aku rasa boleh survive cuma minat tu tiada.
Bila aku tiada minat, aku cuba bayangkan kehidupan aku nanti di USA. Aku bayangkan berapa banyak buku kualiti di sana. Masyarakat di sana lebih menghargai apa itu penulisan. Bukannya sekadar karangan ketika peperiksaan. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berada di INTEC tapi masih tak cukup kuat untuk aku melepas syarat ke sana.
Kemudian baru aku sedar minat tu bukan sekadar menjadi sumber pendapatan kita. Tapi minat tu menjadi salah satu sumber kekuatan kita. Minat memberi sebab untuk kita terus berjuang. Minat tu bagaikan cinta di dimensi lain, yang layak dipegang dan dinikmati oleh kita sahaja, berkat apa yang Allah SWT berikan.
Minat aku pada sastera tu beri kekuatan untuk meneroka bidang engineering daripada sudut sasterawan, bukannya ahli saintis, atau tauke besar syarikat yang pentingkan untung. Mereka akan mengorbankan nilai kemanusiaan tapi sasterawan akan terus memupuk nilai kemanusiaan yang sesuai dengan syarak Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan