Ada tak orang
sambut hari “No Bra” hari ni pada 13 Oktober? Aku memang tak sambutlah sebab
dari kecil lagi tak pakai bra! Berilah hari apa-apa dekat aku. Hari kanak-kanak,
merdeka, kawan, Valentine, semuanya aku tak beberapa bersemangat nak sambut. Hari
besday aku sendiri pun aku tak sambut langsung. Hari cuti jer aku sambut sebab
boleh berehat dan tidur sepanjang hari.
Apa yang kau
fikir tentang sambutan No Bra Day? Bagi aku, benda ni disambut sebab nak
tingkatkan kesedaran orang ramai tentang kanser payudara, pembunuh utama para
wanita. Tapi aku tak rasa kempen ni berkesan untuk mereka yang berisiko
mengambil tahu tentang gejala penyakit ni dan cara mengubatinya. Iyelah wanita
mana sanggup mahu membuang ‘aset’ mereka? Mereka lebih sanggup menanggung
derita daripada dianggap cacat oleh keluarga.
Tapi kan bahaya
kalau kaum hawa berjalan tak pakai benda ni. Kalau budak kecil tak apalah. Masalah
besar bagi budak yang dah besar tapi masih lagi perasan budak kecil yang sua
pakai baju ketat dan saiz S (padahal badan saiz XL). Aku rasa nak join sambutan
ni okay untuk tingkatkan kesedaran mengenai kanser pembunuh ni. Tapi bab “no
bra day”, tak payah ikutlah.
Motif sambutan
ni bukannya nak dedah aset kau dekat public ataupun tunjuk sifat sama rata. Yang
penting dalam “no bra day” adalah kau mesti kenal apa tu kanser payudara. Kanser
tu musuh utama bagi setiap wanita. Kalau nak kalahkan musuh kau kenal sifat dan
perwatakan musuh kau sendiri. Tak perlu segan-segan nak bertanya pada doktor
tentang penyakit. Yang perlu malu adalah lelaki yang gatal nak join gak dalam
sambutan ni. Hahaha, sebab tu aku sokong dari jauh je.
Kalau ada kawan
tak sokong “no bra day’, jangan bash atau marah dia. Dia tak sokong sebab
kempen ni tak sesuai dengan kepercayaan kita yang melindungi wanita seperti
permaisuri. Maksud aku daripada segi cara menyambutnya iaitu tak pakai bra. Kalau
budak pakai bra dah macam seksi gila, tak tahulah macam mana lagi punya gila
kalau dia tak pakai gila.
Ada negara yang
terima cara kempen ni. Ada wanita sanggup ikut cara ni. Tapi kalau ada negara
atau wanita yang tak mahu ikut cara ni sebab tak sopan, takkan nak dipaksa
lagi. lagipun kempen ni bagus sebab nak bunuh kanser ni daripada peringkat
pertama lagi kalau wanita tu sedar dia menjadi mangsa kanser payudara. Pihak yang
buat kempen ni fikir gak apa kempen yang sesuai untuk negara seperti Malaysia
ni.
Nak buat macam
penjual Herbalife yang letak button di baju pun boleh. Kalau gitu kita akan
boleh tengok wanita di jalanan akan memakai button yang berbunyi, ”Ask me about
breast cancer”. Nak lagi cara apa yang sesuai? Maaflah, aku tak beberapa
kreatif dan inovasi dalam berfikir. Kan aku tulis pula jenis skeptikal yang tak
praktikal. Tapi aku rasa matlamat kempen perlu seragam untuk satu dunia tapi
cara perlu berbeza mengikut budaya tempatan agar kita tak terlanggar batas
tatasusila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan