Rabu, 9 Oktober 2013

Harga tiket bas

   Dulu aku naik bas dari Kuala Terengganu ke Kemaman boleh dapat tiket dalam harga RM13.00 masa tahun 2010. Harga tiket ni hampir sama untuk bas SP Bumi, Nina Ekspress dan lain-lain. Sekarang, aku masih boleh dapat beli tiket pada harga sama untuk destinasi yang sama.

   Tahun lepas aku beli tiket dari Shah Alam ke Kemaman dalam harga RM32, naik TransNasional. Lepas tu aku cuba pula tiket SP Bumi, dalam harga RM28. Tapi bila aku nak beli tiket pada hari cuti raya atau peristiwa sesuatu, automatik aku akan kena beli tiket pada harga RM42, iaitu destinasi ke Kuala Terengganu. Destinasi seperti Kemaman atau Dungun ditutup. Kiranya kau beli tiket untuk destinasi terakhir walhal kau akan berhenti jaub lebih awal daripada tempat tu.

   Tengahari tadi, aku baru beli tiket ke Kemaman, Trans Rengit, pada harga RM47. Aku tak pasti ni harga tiket ke Kemaman atau terus ke Kuala Terengganu. Mahal gila kalau nak banding waktu aku beli tiket pada permulaannya. Yang tu baru harga tiket ke Kemaman, perjalanan pada pukul 12:00 pm dan sampai ke 8:00 pm. Kalau ke destinasi lain yang lebih jauh aku tak tahu lagi berapa gila harga tiket bas.

   Kalau macam ni, sampai bila aku tak boleh naik bas Sani Ekpress yang harga jauh lebih gila tapi berbaloi sebab mewah basnya. Aku pun rasa harga tiket sangat melampau mahal sampai cecah RM40. Nak naik TransNasional harga tiket murah, tapi kurang selesa dan takut dengan keadaan bas. SP Bumi paling berbaloi harga dan keadaan bas sangat tip top, tapi sayang kaunter tutup terlalu awal. Mungkin tiket laris.

   Aku tak nak pula tahun depan nanti, aku kena beli harga tiket pada harga RM50 pula. Iyelah, tahun lepas RM30 jer aku belanja. Tahun ni dah lepas paras RM40, hampir-hampir nak jadi separuh seratus ringgit. Mungkin tahun depan harga tiket melonjak naik jadi RM50 pula. Erm, baguslah sangat. Harga tiket bas dibiarkan lonjak tinggi-tinggi. Kalau elaun aku jadi tinggi juga kan bagus gak.

2 ulasan:

malaysia bus berkata...

Saya ingin berkongsi info dengan semua pengunjung blog ini. Anda kini boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan murah di website kami. Nikmati diskaun sehingga 40% dari syarikat bas yang terpilih.

Sila layari malaysia bus atau tiket bas online.

Terima kasih buat admin!

Amir berkata...

fuyoo... best la kalu betul2 murah ni.. tiket pegi ganu ada tak? hehe