Kalau diberi pilihan, anda nak rumah baru atau rumah lama
yang dipusakai oleh keturunan kita? Tak kisahlah anda nak pilih rumah mana pun.
Tiada yang salah atau tak betul.Cuma, anda kena fikir masak lagi. nak pilih
rumah baru atau lama?
Kalau pilih rumah lama, anda sudah jimat banyak duit di situ
daripada menghabiskannya dengan urusan beli rumah. Anda dah dapat kemudahan
tempat tinggal yang selesa. Cuma anda kena buat sedikit pengubahsuaian. Maklumlah,
rumah lama kan ada banyak sikit ‘penyakit tuanya’. Renovate rumah tu dekat
bahagian yang diperlukan seperti tambah bilik, baiki dapur, dan lain-lain.
Kalau rumah baru, payah sikit pada permulaan. Mula-mula kena
keluarkan modal banyak. Lepas tu kena tunggu lama sementara dokumen rumah siap.
Lepas boleh kunci rumah, kena pindah barangan perabot pula. Rumah kosong tu
kena isi dengan segala kelengkapan. Lepas tu baru timbul kepuasan dalam hati
tengok rumah baru yang serba lengkap.
Kita boleh tengok di sini rumah baru atau lama mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Cuma anda kena pilih berdasarkan apa yang anda mahu,
inginkan, fikirkan dan harapkan. Tengok kemampuan diri anda. Bolehkah aku
membaiki rumah lama agar terus berdiri di atas tapak lama atau terus tinggal
rumah baru dengan cabaran yang baharu?
Keputusan ada di milik anda.
…………………………………………………………………………………………..
Aik, macam mana boleh timbul isu pilih rumah baru atau lama
pula. Aku bukannya nak suruh korang beli rumah dalam keadaan harga rumah
terlalu mahal. Cuma aku nak korang berfikir sejenak. Tengok kebolehan dalam
diri masing-masing.
Adakah aku mampu menyesuaikan diri dalam suasana lama sambil
membawa perubahan baru tanpa merosakkan yang lama? Ataupun aku mampu dengan
membawa arus baru dalam hidup dengan alternatif dan pilihan baru.
Kalau rumah lama tak dapat dibaiki lagi, pindah saja ke
rumah baru.
Jika rumah baru masih tidak menjanjikan ketenangan yang
diharapkan, punggah balik barang ke rumah lama.
Jika dua-dua jenis rumah serba tak kena, lebih tidur bawah
jambatan.
Kalau korang berfikiran politik semasa baca artikel ni kan
nampak lebih kreatif. Hahahahaha. Aku tak ada maksud mendalam atau cuba
mengugat sesiapa pun. Cuba memberi pandangan daripada sudut ruang tempat
tinggal. Mungkin dengan pandangan ini kita akan lebih faham dengan politik. Berfikir
daripada ruang dalam, kita akan terperangkap dan bias. Jadi, kita kena berfikir
di luar kotak untuk dapat gambaran yang lebih jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan