Penekanan bahasa
Inggeris sangat penting dalam bidang pendidikan agar para pelajarnya mampu
berjuang dalam pelbagai sektor perkhidmatan. Kita semua sedar bahasa Inggeris
sudah menjadi bahasa antarabangsa dalam peringkat dunia. Jadi penguasaian
bahasa asing ni sangat penting untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar.
Tapi ada jer
budak-budak yang dah belajar 11-12 bahasa Inggeris ni tapi masih tak fasih
untuk bercakap dengan betul. Sebenarnya apa yang mereka belajar English di
sekolah? Bermula dari zaman tadika, enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun
pula sambung di sekolah menengah. Kenapa mereka masih tak pandai nak guna
bahasa Inggeris. Hah, apa lagi yang mereka tahu. Kalau begitu, marilah kita
tengok apa sebab mereka gagal apabila berdepan dengan bahasa Inggeris.
1.
Jarang mempraktiskan cakap bahasa Inggeris
Jangan ingat bahasa ni macam subjek sains atau matematik. Kemungkinan
pengaplikasian untuk subjek berstatus killer ni kadang kala susah untuk
difahami dalam kehidupan kita. Jesteru subjek sebegini hanya bersifat teori
pada peringkat sekolah dan hanya diaplikasikan dalam kertas soalan atau kerja
makmal.
Tapi lain pula dengan bahasa. Kita perlu menguasai bahasa daripada segi
aspek teori (tatabahasa) dan praktikal (bercakap di hadapan orang ramai).
Bahasa ni amat pelik juga kerana kita tidak perlu belajar teori semata-mata
untuk pandai berbahasa. Tengok budak-budak sekarang. Tatabahasa bukan main
tunggang-langgang tapi boleh nak cakap hanya sekadar nak suruh orang lain
faham.
Tengok budak yang pandai tulis karangan English yang sungguh puitis.
Penuh dengan ayat-ayat bombastik dan susunannya yang professional. Tak
semestinya mereka pandai cakap bahasa Inggeris. Nilah hasil produk sekolah yang
hanya pandai hafal ayat-ayat ‘hafazan’ untuk guna dalam karangan. Lemahnya
kerana tak praktis bahasa asing ni. Kalau kita dah mahir praktis bahasa ni
tiap-tiap hari, kita dah tak perlu nak hafal ayat-ayat ‘hafazan’ typikal ni.
2.
Malas buat latihan
Subjek bahasa pun ada latihan juga. Jangan ingat subjek sains dengan
matematik jer ada buku bank soalan berlambak. Subjek bahasa pun ada soalan yang
boleh buat budak-budak jadi pengsan gamaknya. Kalau nak praktis bahasa ni, kita
kena panaskan minda dulu dengan latihan tatabahasa (grammar) dan soalan berbentuk
KBKK.
Belajar tatabahasa ni biar sampai pandai susun ayat dengan betul. Tak
adalah sampai berterabur bercakap English tu. Mat Salleh dengar pun berasa
lucu. Tak perlu nak melebih-lebih sampai pandai karang ayat macam Shakespeare.
Tak ada pun orang nak cakap puitis macam dalam teater. Sekadar guna ayat
ringkas tapi betul.
Satu
lagi, jangan lupa soalan KBKK. Biar kita tahu nak nilai situasi mana yang tepat
untuk guna tatabahasa atau ayat tertentu. Lagipun menjawab soalan KBKK dapat
melatih minda kita untuk berfikir dalam bahasa inggeris sampai mahir. Nanti
senang tak payah nak tafsir payah-payah kalau nak cakap English. Yang penting,
jawablah soalan KBKK dalam bahasa Inggeris.
3.
Tiada kawan pandai English
Iyelah,
semua kawan-kawan dalam kelompok orang Melayu. Takde sorang pun kawan-kawan
berbangsa Inggeris. Lagipun semuanya sama jer, lemah dalam bahasa Inggeris. Dah
semuanya lebih kurang sama, terang-terangan semangat nak belajar English dah
menurun. Yang pandai tu hanya tinggal guru-guru English jer.
Yang
dapat A dalam bahasa Inggeris pun cakap lebih kurang sama jer dengan mereka
yang dapat D/E. Harap-harap lepas ni kerajaan bukan saja dapat import guru
asing untuk mengajar English tapi juga pelajar-pelajar asing agar mereka
bolehlah dapat bergaul dengan mereka. Lepas ni boleh terus praktis cakap
English dengan pelajar-pelajar asing tu.
4.
Tiada suasana kondusif dalam kelas
Dalam kelas zaman sekarang ni, apa yang tiada? Projektor ada, komputer
kelas ada, pendingin hawa, kelas tirai besi dan lain-lain. Tapi peralatan
berbentuk fizikal kadang-kadang tak menyumbang peratusan yang banyak dalam
peningkatan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris. Ni tak lain tak bukan
kelas tu masih lagi beriklim bahasa pekat ibunda.
Kalau kita nak kuasai bahasa Inggeris ni, biar suasana dalam kelas tu
macam duduk dekat England. Tapi taklah sampai hias kelas dengan bendera
England. Piala dunia lambat lagilah. Cukup hanya dengan bercakap Inggeris dalam
kelas. Berbual dengan kawan dalam English, bertanya dengan teacher dalam
English.
Macam mana pelajar nak guna bahasa asing jika suasana dalam kelas masih
dipengaruhi bahasa ibunda masing-masing. Kalau boleh, biar dalam waktu belajar
English, kita paksa diri kita nak cakap English. Kalau tak, bila lagi nak guna?
Dalam kelas bahasa Melayu? Tak usah nak buang tabiat, jangan malu nak cakap
English sebab tak pandai. Kalau dah dua tiga minggu cakap English berterusan
dalam kelas waktu English, insyaAllah rasa kekok tu dah ada.
Tapi
jangan pula masa kelas English mulut tu terus dikunci sampai tak nak cakap
apa-apa langsung. Kalau macam tu sampai bila-bila kita tak boleh pandai nak
kuasai English. Tak usah jadi penakut sebab takut kena ejek. Diri tu kena
berani, baru hidup boleh maju.
5.
Tiada keyakinan diri
Mereka ni dah ada asas bahasa. Tatabahasa/grammar dah cukup pandai.
Kalau buat latihan, 10 minit pun dah siap. Tapi masalahnya mereka tak berani.
Puncanya mereka tiada keyakinan diri. Mereka sedar, mereka bercakap English
masih lagi berbaur pekat bahasa ibunda. Sekali cakap English, keluarlah slang
bunyi negori, kelate, terangganu, atau sabah sarawak.
Mereka bila nak cakap dah susun ayat cantik. Tapi ada juga orang tak
faham bila cakap English dengan mereka sebab masalah slang pada bunyi. Masalah
ni boleh dikuasai jika kita berterusan guna bahasa asing sampai hilang pengaruh
slang tempatan dalam bunyi bahasa asing tu.
Tanyalah macam mana guru-guru English boleh bercakap English tanpa ada
bunyi slang tempatan. Memang bunyi betul-betul macam original Mat Salleh punya
suara. Tapi takdelah sampai nak makan pizza tiap-tiap hari.
6.
Tiada cita-cita tinggi nak sambung belajar di
luar negara
Ramai pelajar menganggap belajar bahasa asing ni sebagai persiapan ke
luar negara untuk sambung belajar. Tak semestinya kita hanya belajar English
untuk pergi ke sana. Duduk kat Malaysia pun kena cakap bahasa English.
Lebih-lebih lagi nak berurusan dengan orang luar.
Kita kerja dalam sektor perkhidmatan awam ataupun swasta, keperluan
penggunaan bahasa English sangat penting. Belajarlah kuasai bahasa ni. Nanti
mudah nak bereskan segala kerja kita nanti. Tak nanti nak kerja di bahagian
tersebut, belajar dalam negara pun perlukan kemahiran bahasa Inggeris. Nanti
tak lepas peperiksaan MUET.
7.
Lebih terpengaruh dengan elemen KPOP daripada
unsur DISNEY
Ramai dah budak-budak terpengaruh dengan KPOP. Sampai ada kumpulan di
Malaysia nak tiru gaya macam artis Korea Selatan tapi gagal. Nyanyi tak sedap,
menari pun tak bertenaga. Bila dah terpengaruh sangat ni, mulalah berminat nak
nyanyi lagu Korea. Lirik yang bunyi pelik-pelik boleh jadi ingatan dalam
kepala.
Hafal jer? Tak, mereka akan belajar bahasa Korea sekali. Siap
berangan-angan nak pergi Seoul. Buat apa pun aku tak tahu. Walaupun belajar
bahasa asing lain amat penting tapi amat bahaya bagi mereka.
Iyelah, lidah dah fasih cakap Korea. Dah mananya pergi masa nak berlatih
cakap English? Takdenya. Mereka kalau boleh nak sambung belajar dekat Seoul
University. Pengaruh budak-budak Disney cam Hannah Montana dah kurang sejak
mereka semua dah meningkat dewasa. Daripada kecil berlakon cerita ceria, bila
dah besar, terus jadi filem orang dewasa.
Sebab
tu ramai budak dah beralih ke sempadan KPOP pula. Mungkin ni nampak cam negatif
pada peringkat sekolah yang lebih menekankan bahasa Inggeris. Tapi kalau dah
dewasa dan bekerja, mungkin menguasai bahasa Korea dah satu kelebihan istimewa.
Yang penting, mereka tu dah pandai cakap English, laju dan fasih cam mereka
nyanyi lagu Big Bang.
8.
Baru jer putus cinta dengan orang Mat Salleh
Hah, yang ni alasan paling mengarut sekali. Putus cinta sikit, mulalah
nak cari kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri tak mahu ingat pula. Takkan
baru clash dengan awek Mat Salleh terus salahkan bahasa Inggeris. Nak trauma
apa dengan bahasa ni? Takde pula aku dengar clash dengan awek Melayu terus tak
nak cakap Melayu. Abaikan sebab ini.
9.
Masih bangga untuk guna bahasa ibunda
Siapa yang tak bangga dengan bahasa sendiri? Kita jangan mudah lupa
dengan asal usul sendiri. Tapi perkara itu tak adalah sampai menganggu tumpuan
kita nak belajar bahasa lain. Jangan jumud dengan perkara sebegini. Inilah
sikap bagai katak di bawah tempurung yang tak mahu berubah dan maju.orang yang
dah pandai guna bahasa English adakah akan berterusan cakap English jer? Tak,
dia guna bila perlu jer.
10.
Menganggap kejayaan itu tidak bergantung pada
penguasaian bahasa Inggeris
Kejayaan macam mana kamu terfikir tu? Kaya? Dapat jawatan tinggi? Ada
jer orang jadi kaya tanpa pandai English. Kita kena ingat, setiap orang ada
usaha tersendiri untuk belajar. Tak semestinya orang lain tak pandai English
mereka boleh berjaya, kita jadikannya sebagai alasan untuk malas belajar
English.
Apa
salahnya nak belajar English? Kata nak berjaya tanpa masih tak pandai nak
berkomunikasi dengan orang luar. Kalau begitu taraf kejayaan kita hanya di
tahap kampung. Luaskan fikiran kita dan bersedia untuk berjaya di peringkat
antarabangsa pula. Jadikan bahasa Inggeris sebagai batu loncatan untuk berjaya
di sana.
11.
Masalah budak ponteng kelas
Cikgu dah kelas tusyen. Cikgu dah jemput penceramah luar. Masalahnya
ramai pula pelajar ponteng. Kalau mereka ponteng kelas English, macam mana nak
pandai? Kalau tak belajar, sampai bila-bila tak mahir langsung. Belajar bahasa
ni bukan hanya sekadar dengar lagu atau tengok cerita. Kita kena belajar juga.
Biar bahasa tu kita dah pandai dalam setiap gaya bahasanya.
12.
Masalah pelajar yang dikatakan bebal
Bebal? Bodoh? Ada cikgu yang mengajar English berasa betul-betul
tertekan dengan pelajar yang bangang abadi tahap Liverpool. Dah ajar 10 kali
pun masih tak faham. Pelajar yang ni masuk dalam kategori payah nak faham.
Mereka ambil masa, paling kurang berminggu-minggu.
Daripada tunggu budak ini jadi mangsa buli cikgu, hantar budak ni ke
rawatan istimewa. Kelas istimewa ke, kaunseling istimewa ke, tak kiralah
apa-apa pun. Nanti apabila nasi dah jadi bubur, semuanya dah tak berguna.
Sementara rebung masih lembut, cepat-cepatlah bentuk sebelum jadi buluh bebal!!
13.
Tak nak terpengaruh dengan unsur budaya kuning
dari luar
Budaya kuning? Ni mesti banyak terpengaruh dengan cerita mengarut. Sejak bila bahasa boleh jadi benda jahat? Kita
bukannya tengah belajar sihir-menyihir. Tengok orang lain. Tak pandai pun cakap
English tapi perangai tetap buruk. Rambut punk, hidung cucuk, mata gothic tapi
cakap pekat daerah. Satu perkataan pun tak reti English.
14.
Kurang buku/majalah menarik dalam English
Kurang buku menarik? Tipu!!! Aku rasa buku inggeris lagi banyak daripada
buku Melayu. Majalah Inggeris berlambak dekat kedai 7-11. Ada jer kedai buku
jalanan jual majalah inggeris. Biasanya aku faham masalah budak-budak ni. Mereka
nak majalah Manga dalam edisi English tapi sayangnya tiada. Hahaha.
15.
Memandang negatif pada orang pandai berbahasa
Inggeris
“Jangan nak poyo sangat, boleh tak?” inilah
soalan untuk budak-budak yang perasan poyo. Cakap sikit keluar slang English
biar cakap Melayu pun. Ini masalah budak-budak perasan hot, tak ada sangkut
paut dengan bahasa pun. Kalau ditakdirkan bahasa Zimbabwee menjadi bahasa
antarabangsa, mungkin mereka buat poyo dalam bahasaa Zimbabwee pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan