Barang semakin naik. Semua jenis barang naik. Gula naik. Minyak naik. Sampaikan tayar basikal pun naik 20 sen. Melampau sangat dah ni. Lepas PRU13, suka sangat barang naik. Aku tak tahu, sama ada ni sebab kerja kerajaan yang suka naikkan harga barang atau peniaga yang suka menangguk di air keruh.
Ada orang yang tak mampu menerima hakikat yang parti dia kalah masa PRU13. Mungkin ni kerja memboikot kerajaan sedia ada untuk memberi imej buruk terhadap parti yang menang. Kalau difikirkan, semua kemungkinan ada. Mungkin ni kerja orang dalam industri perniagaan yang cuba mencari keuntungan dalam keadaan Malaysia baru pulih lepas pilihan raya.
Kabinet menteri baru Malaysia baru dilantik semalam. Siapa jadi menteri, dan siapa kena turun boleh tengok di suratkhabar sekarang. Jadi mungkin kenaikan harga tak ada kaitan dengan kerajaan kerana portfolio baru saja dibentuk dan mereka sedang baru saja masuk pejabat untuk bekerja. Jadi aku harap sebulan lepas mereka bekerja, masalah kenaikan harga barang dapat diatasi.
Mana boleh harga barang terus naik. Musim raya naik. Musim cuti naik. Musim pilihan raya nak naik juga. Musim hujan pun nak naik. Pelbagai alasan dia bagi. Barang tak cukup stok la. Barang tak penuhi standard pengeluaran kuantiti. Harga barang dunia naiklah. Tapi disebalik kenaikan harga barang ni, gaji tak naik ke? Gaji naik pun susah. Tu pun rasa 10 tahun sekali. Tak padan dengan harga barang naik banyak kali dalam setahun ni.
Gaji sikit, harga barang mahal, keperluan semakin meningkat. Mungkin cita-cita nak bina masjid terpaksa ditangguhkan dulu. Tolonglah para peniaga semua, jangan naikkan harga barang sebab tamak saja. Jangan pula ada orang cuba memboikot kerajaan dengan kenaikan harga barang. Dah kalah, terimalah hakikat tu. PRU14 ada lagi. Kan dua-dua pihak berjanji nak tolong rakyat. Jadi sama ada kalah atau menang, niat atau misi awal kena beringat selalu.
Menteri sekarang dah ada kuasa. Kerja dah boleh buat dah. Tolonglah pantau harga barang semasa. Jangan asyik ikut kehendak peniaga semata-mata. Kalau ikutkan hati mereka, harga barang nak naik sampai kita nak beli air tin bergas jadi RM4.00. Sebaiknya kawal harga barang ikut gaji minima orang Malaysia. Kalau ada siapa-siapa ingkar, ambil saja tindakan. Baru mereka tahu dan tak berani nak buat harga barang sesuka hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan