Kekuatan sesuatu
bangsa amat bergantung pada kepentingan bahasa. Seperti yang orang kata, bahasa
itu menunjukkan jiwa bangsa. Lemah bahasa, lemah jua bangsa.
Jadii, kuatnya
Melayu kerana berpegang teguh pada bahasa Melayu. Tapi betulkah? Sedangkan asas
untuk bahasa kita telah gagal sebenarnya sejak zaman sebelum merdeka lagi.
apakah ia? Apa lagi kalau bukan tulisan jawi.
Selama ini kita
tertanya-tanya mengapa semakin berkurang orang Melayu dalam bidang yang
menguntungkan. Sebaliknya mereka juara dalam bidang yang merugikan seperti
rempit, jenayah, keciciran pelajaran dan lain-lain. Kita pula masih boleh
bangga kerana beruntung menjadi bangsa dominan dalam Malaysia. Kalau setakat
mengharapkan subsidi dan bantuan kerajaan tak payahlah nak bongkak sangat.
Tak pernah terfikir
ke sebab-sebab kita menjadi seteruk itu? Jatuhnya sesebuah bangsa itu kerana
hilangnya pegangan terhadap asas bangsa itu sendiri. Dalam hal ini, jati diri
orang Melayu telah mula terhakis sejak pinggirnya tulisan jawi dalam kehidupan.
Kita lebih pandai
menulis dalam rumi, iaitu salah satu peninggalan bangsa penjajah kepada kita.
Kini, dah jarang orang Melayu mahir guna tulisan jawi atas alasan dah
ketinggalan zaman. Benda-benda pra-sejarah kita biarkan berlalu, kononnya.
Kita berasa kekok
dan malu apabila nak guna tulisan jawi ketika menulis. Sedangkan orang Cina dan
India masih lagi selesa menggunakan tulisan mereka sendiri. Adakah mereka
mundur dan ketinggalan jauh? Tidak, mereka sudah menguasai dalam kebanyakkan
bidang seperti ekonomi, perundangan, pelajaran dan lain-lain.

Tanpa sedar, kita
telah melupakan jati diri dalam darah daging. Sudah tiada rupa jawi dalam
kehidupan kita. Melayunya kita hanya tinggal pada nama sahaja. Rupa? Haha, kita
berpakaian ikut acuan Barat atau Timur? Saya bukan nak burukkan Barat tapi
terkilan dengan mereka yang meninggalkan bangsa Timur.
Mula-mula kita guna
tulisan rumi. Kemudian kita dah hilang salah satu aspek dalam pembentukan
bangsa. Jadi apa bezanya orang Melayu dengan orang Barat yang sama-sama guna
tulisan rumi? Lama-lama kita ikut cara mereka dan beranggapan inilah cara hidup
kita. Kalau perkara ini masih dipandang remeh, Melayu akan hilang di bumi
Melayu sendiri.
Sebenarnya, tak
salah pun nak guna tulisan rumi. Orang Cina, India, Jepun dan Korea pun pandai
menulis rumi tapi mereka masih ingat menulis dalam tulisan masing-masing.
Majoritinya tahu cara nak guna tulisan bangsa sendiri. Kita? Hanya minoriti
saja yang tahu walaupun kita bangsa yang majoriti dalam negara.
Akhbar Utusan
Malaysia yang dikatakan sebagai lidah rasmi orang Melayu, mengguna tulisan rumi
juga. Nasib baik ada satu sisipan khas dalam jawi tiap-tiap hari Isnin. Kita
boleh lihat dalam akhbar Cina dalam tulisan Cina dan akhbar India dalam
tulisannya.
Belajarlah tulisan
jawi sebelum ia luput. Carilah orang yang pandai jawi sebelum mereka berkubur.
Usaha membawa tulisan jawi dalam papan tanda arah di sesetengah negeri hanya
satu langkah kecil. Selagi Perdana Menteri kita orang Melayu, kembalikan jawi
dalam sistem pendidikan secara rasmi dan diiktiraf. Bangsa lain tak perlu
bimbanglah. Orang Melayu belajar jawi. Takkan orang Kadazan pula dipaksa
menulis jawi pula. Tapi kalau nak masuk boleh saja bah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan