Boleh ke orang
jahat jadi baik? Inilah persoalan yang patut difikirkan daripada update status
kat Facebook, ‘bosannya cuti panjang ni’. Masa kat sekolah sibuk pula nak tidur
dalam kelas.
Orang ramai selalu
meragui keupayaan orang-orang jahat untuk berubah menjadi baik. Bagi mereka,
sekali jahat, selamanya jahat. Kita tak mampu nak ubah tanggapan pesimis orang
ramai terhadap perkara macam ni. Itu di luar bidang kuasa tindakan kita. Jadi apa
yang kita mampu? Ya, sebenarnya kita mampu mengubah mereka yang jahat kepada
baik.
Jangan pedulikan
semua pandangan orang ramai kalau mereka bercakap-cakap di belakang. Buat tak
endah jika mereka berasa jengkel dengan kita. Sejak bila pandangan mereka boleh
buat kita macam penghuni ahli neraka? Percayalah, segala usaha dan amal kita
yang menentukan keadaan kita di akhirat sana. Bukannya percakapan kosong atau
pandangan negatif mereka terhadap kita menjadi bekalan kita di kampung akhirat.
Okey, ambil nasihat ini sebagai nasihat motivasi pertama.
Ada jer orang yang
pernah buat kerja jahat nak berubah dan insaf jadi baik. Tapi mereka tak kuat
untuk menghadapi kelompok orang yang masih suka berfikiran buruk-buruk. Mereka
tak ada kekuatan dalaman untuk memaksa mereka untuk berubah. Mereka tiada
kawan-kawan untuk membimbing mereka ke jalan benar. Akhirnya mereka berputus
asa dan kembali ke jalan kejahatan. Tengok, betapa besar sumbangan kita kepada
mereka agar mereka berterusan buat kerja kotor samapi mati.
Kalau kita ada
kawan-kawan yang ingin berubah, jangan takut dengan timbunan dosa yang lalu.
Allah SWT itu maha pengampun lagi maha penyayang. Bertaubatlah dengan
bersungguh-sungguh, tinggalkan kejahatan lalu. insyaAllah, dosa-dosa kita akan
terhapus. Titik-titik hitam dalam hati akan terhapus. Iman kita akan menjadi
kuat balik. Iman yang kuat dapat menangkis segala kata-kata buruk yang
dilemparkan terhadap kita. Kita kebal dan imun dengan ujian-ujian sebegitu
selagi iman kita kukuh.
Kalau takut
dikata-kata buruk oleh orang ramai, jangan lagi mendekati mereka. Jauhi dari
mereka untuk mengelakkan diri daripada disakiti dan lemah semangat sebagaimana
kita tinggalkan perkara buruk yang lepas. Carilah golongan masyarakat baru yang
baik dan peramah. Tak kiralah mereka ni datang daripada berlainan bangsa atau
agama, sekali mereka tak meremeh-remehkan kita, berkawanlah dengan mereka.
Asalkan mereka baik menurut pertimbangan agama atau pun fitrah naluri manusia.
Jarang orang jadi
baik kalau duduk dalam kelompok geng-geng tak tentu hala. Sebab tu mereka yang
pasang niat mulia kena keluar daripada kelompok tersebut dan cari kelompok baru
yang bersesuaian dengan niat asal kita. Sebab ini merupakan salah satu
penghijrahan. Kita berhijrah kepada jahat kepada buruk. Kita kena berhijrah
baik daripada segi mental ataupun fizikal. Kalau salah satu daripadanya tak
berubah, kemungkinan besar penghijrahan kita belum berhasil lagi dan niat untuk
jadi baik tidak kesampaian.
Tapi jangan pula
kita pandang buruk kepada kelompok lama. Ingat, dulu kita pun sebahagian
daripada mereka. Hari ni kita dah dapat hidayah, esok mungkin mereka pula. Bila
kita dah keluar daripada kelompok buruk tu, baru kita tahu mengapa mereka
menjadi begitu. Jadi gunakan pengalaman yang ada untuk tarik mereka masuk ke
dalam kelompok yang beriman. Nak tarik mereka ni kena ingat satu hal, bagai
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Jangan kita seorang
jer jadi baik. Tak syok daftar ahli syurga sorang-sorang. Nak masuk syurga ni
kena ajak keluarga, kawan-kawan atau saudara-mara. Tak baik kedekut dalam benda
baik. Benda yang bermanfaat ni kita kena kongsi. Baru ada keberkatan dan
kerahmatan. Jadi tak payah nak bangga diri sangat sebab dia sorang jer dah jadi
baik. Nanti geng lama tengok menyampah, geng baru tengok pun dah jadi jengkel.
Payah nak berubah?
Begitu juga payahnya nak balik semula ke lorong kegelapan. Kenapa nak patah
balik ke lorong gelap kalau ada jalan lurus yang diterangi cahaya terang. Kalau
rasa perit nak berubah, ingatlah tiada yang senang untuk berjaya. Orang
membajak tanah pun terasa perit dengan pelbagai dugaan. Tapi menikmati hasil
tuaiannya amatlah terasa nikmat. Jadi marilah kita sama-sama menikmati
kemanisan iman di akhirat nanti. Jangan lupa nak ‘makan’ tu ajak orang lain
sekali, okey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan