Menonton movie dalam format 3D takleh sehebat yang disangka. Sebelum ni aku tengok wayang dalam 2D sebab tiket murah. Kemudian tu, tiba-tiba nak tengok movie kat Berjaya Times Square lepas habis final exam hari tu. Tiket murah, movie 3D dalam harga RM13. Kalau dekat Midvalley, RM14 tu baru untuk movie 2D.
Apalagi, aku pun
cubalah nasib nak pakai cermin mata 3D. sebelah biru, sebelah merah. Aku pergi
tengok bukannya keseorangan, ada juga 8-9 kawan-kawan lain yang ada. Mula-mula
pakai cermin mata 3D tu rasa tak selesa. Aku tak beberapa nampak gambar skrin
kat depan. Habis berkabus cermin mata ni. Aku lap pastu berkabus lagi.
Entah beberapa kali
aku lap cermin tu sebelum cerita Iron-man 3 bermula. Sebelum ni, aku ingatkan
kesan 3D ni macam imej yang keluar kalau kita pergi melawat dekat planetarium
di Kuala Terengganu. Rupa-rupanya jauh panggang daripada api. Gambar wayang tu
aku nampak timbul sikit jer daripada skrin tu. Tapi keselesaan aku telah
diganggu oleh ‘perkhidmatan’ cermin mata 3D ni yang suka sangat berkabus.
Kalau tak pakai
cermin mata 3D ni, imej dekat depan akan nampak berkabur dan tak jelas. Pakai
spek 3D ni baru jelas dan segar mata nak layan movie. Tapi aku sedikit kecewa
sebab movie dalam format 3D tak jauh beza daripada 2D. nampak lebih kurang sama
jer. Kalau format 2D nampak lebih menyenangkan sebab tak perlu pakai spek 3D.
tengok dari jauh pun dah dapat tengok gambar dengan jelas.
Kalaulah spek 3D tu
tak berkabus macam kabus di Cameron Highlands, mungkin apa yang aku akan tulis
adalah mengenai kehebatan movie dalam 3D. sayangnya disebabkan kelemahan tu aku
masih menganggap kehebatan 3D hanya sekadar indah khabar daripada rupa. Tak
apa, aku akan beri peluang nanti.
Buka semester
ketiga ni, aku akan pergi tengok sekali lagi movie dalam 3D. itu pun kalau
tiket untuk movie 3D masih lagi murah. Kalau yang kali ni masih nampak
berkabus, buang jer spek 3D tu. Menyusahkan aku jer nak lap tiap-tiap kali Iron
man buat aksi. Tapi apa-apa pun, movie Iron-man 3 memang gempak! Rugi tak tengok.
Memang penerbit filem ni pandai selitkan unsur humor dalam filem aksi.
Penerbit-penerbit filem lawak kat Malaysia ni, sila ambil tunjuk ajar daripada
beliau okey.


4 ulasan:
ak pkai ari tu pon brkabus gk,tp buat dek jela...haha
klau nk 3d murah p la SCM ari rabu...haha
annoyed sngguh kabus tu.. SCM? what's that??
setia city moll dohh...bdak intec pon xtaw,pirahhh,-,-"
hati ni dh x beberapa terpaut pada Setia City Mall sbb nk tunggu bas sgt lah lama.. lagipun situ bkn ade ape2 pun
Catat Ulasan