Selasa, 14 Mei 2013

Mereka belum bersedia untuk kemenangan

   Sekali lagi rakyat masih beri kepercayaan dan mandat kepada BN untuk memerintah Malaysia. PR gagal untuk menembusi benteng kuat BN di Sabah Sarawak sebagaimana mereka lakukan di Semenanjung Malaysia. BN belum berada di kedudukan selesa setelah PR bertungkus lumus untuk menghancurkan tradisi pemerintahan BN selama 55 tahun ini.

   Wajarkah PR menang PRU13 ni? Mereka membawa calon-calon berwibawa dan muda sehinggakan Nurul Izzah boleh menewaskan Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Kejayaan mereka mengendalikan kerajaan negeri di bawah pimpinan PR sangat berjaya sehingga mampu menarik pelabur luar datang. Ini mampu mengugat kepercayaan orang ramai yang selama ini berpihak kepada BN.

   Sebenarnya aku rasa PR belum bersedia lagi untuk menang. Mereka belum mampu mendapatkan keyakinan daripada rakyat. Malah, kuasa kedua belah pihak kini nampak hampir seimbang. 50% PR dan 50% BN. Nampak bagus dan baik tapi sebenarnya tidak. Ini mungkin boleh mengundang perbalahan besar kerana mereka ada kuasa hampir sama hebat.

   Seorang nakhoda kapal perlu ada kuasa besar, baru boleh arah di mana kapal akan berlayar. Jika nakhoda berkongsi kuasa dengan nakhoda lain, mungkin kapal akan keliru dengan arah. Seorang mahu ke timur. Seorang lagi mahu ke barat. Akhirnya kapal langsung tak bergerak sebab sibuk berbalah.

   Kemenangan PR mungkin akan disabotaj dalam memerintah kerana kecewa dengan kekalahan dari pihak lain. Mereka masih percayai dengan kredibiliti dengan BN dan tak mampu terima hakikat dengan keputusan PRU13. Mereka akan khianat dari dalam semata-mata tak mahu PR memerintah. Jadi lebih baik PR memerintah negara dengan kemenangan 70% atau 80%. Jadi mereka terpaksa menerima hakikat ni kerana dunia sudah pun berubah.

   Lagipun, kemenangan PR mungkin akan membuatkan sesetengah pihak sombong dan angkuh. Mereka baru saja berjuang dan masuk dalam perjuangan parti. Tanpa bersusah payah mereka telah menang tanpa sedikit keperitan. Lebih-lebih lagi dengan sokongan orang muda yang lebih banyak berpihak kepada PR. Sekurangnya, mereka boleh belajar susahnya berjuang untuk menegakkan kebenaran.

   Hakikatnya, PR sedang dalam proses kemenangan dengan memusnahkan benteng majoriti PR dan merampas kesemua ibu negeri kecuali Kangar dan Johor Bahru. Mereka boleh mengambil iktibar mengapa mereka belum bersedia untuk ambil alih Malaysia.

   Tengoklah keadaan di Kedah. Tak seperti di Selangor yang menang majoriti iaitu 20 lawan 10. Kedah baru saja dipegang oleh PR tapi mengalami pergolakan dalaman sangat teruk. Perbalahan ini diambil kesempatan oleh BN supaya memilih mereka untuk kestabilan dan keamanan negeri Kedah. Akhirnya kawasan yang patut menang oleh PR kalah kerana rakyat dah tak yakin dengan kemampuan mereka akibat persengketaan sesama sendiri.

   No pain, no gain. Biar sakit dahulu, baru boleh menang. Kalau diri terluka lagi, kita sudah ada ketahanan untuk menanggung penderitaan. Perjuangan tak semestinya perlu menang. Kadang-kala pengorbanan mengambil masa lama untuk berjalan. Sudah berapa lama Palestin terjajah tanpa udara kemerdekaan. Rakyat Rohingya lebih derita daripada kita di sini. Mengapa kita sudah mengeluh sebab kalah dalam keharmonian? Sedangkan mereka hidup dalam kesengsaraa.

   Lupakan sekejap mengenai isu penipuan SPR. Ini membuktikan mandat mereka belum sampai seru lagi. jika sudah sampai masa mereka untuk menang, dalam gelap pun mereka masih boleh menang. Tahniah kepada BN kerana menang lagi. Rasanya BN boleh tadbir negara dengan aman kerana masih boleh dapat mandat sekali lagi.

   Selepas ni, harap kebenaran akan bangkit, kebatilan akan roboh.

   BN, please rule this country to the best cause you’re Better Nation. PRU14, it’s time to show our young power. Okay, we will see who falls and who rises. I don’t think The Dark Knight will rise again, cause Malaysia don’t let Australia to monitor how our election works.

Tiada ulasan: