Sudah seminggu
pilihan raya umum yang ke-13 sudah berlalu. Maaflah baru sekarang nak update
pasal PRU13 ni. Bukan apa, saya ni sibuk. Baru jer habis final exam hari Rabu
tu. Lagipun nak tulis pasal politik ni kena tapis sedikit, edit yang mana
patut, barulah undi boleh jadi rahsia. Umur belum cecah 20 tahun lagi, memang
tak mengundilah saya hari tu.
Saya ada ikuti
perkembangan semasa hari mengundi di seluruh Malaysia di laman web Facebook dan
Twitter. Lebih kurang pukul 10 pagi, dah ada orang update pasal video
penangkapan pengundi hantu. Phantom voters kali ni datang dalam versi Bangla
atau Pakistan. “Hantu” pertama kena tangkap di Cheras. Lepas tu ada jer tunjuk “hantu” bangla juga ditangkap kerana
mengundi dua kali. Nampak jelas dua jari telunjuk dia ada kesan dakwat kekal.
Setiap minit jer,
pasti ada orang upload gambar jari yang menunjukkan dakwat kekal tu tak tahan
lama. Nampaknya mereka tak amalkan petua yang SPR bagi. Orang dah kata, goncang
dulu sebelum guna. Basuh guna air sinki, dakwat hilang. Genyeh guna chlorox pun
dakwat boleh cair. Ada juga buat lawak rendam jari dalam kari. Tanggal juga
dakwat tu dalam kari mamak.
Yang tu berita
panas yang berlaku ketika mengundi. Orang mengundi belum habis lagi, dah
beratus-ratus report polis dibuat sebab dakwat kekal tak kekal lama. Untuk
makluman semua, dakwat kekal ini berfungsi untuk mengelakkan orang lain
daripada mengundi dua kali. Kalau dah ada kesan dakwat kekal kat jari, maknanya
individu terbabit sudah mengundi dan tak boleh menipu untuk mengundi lagi.
Masa kiraan undi
lagi panas dan hangat. Kiraan undi dah bermula daripada pukul 6 petang lagi.
Undi dikira mengikut saluran tua sampai muda. Yang tak sedap hati tu, ada pihak
guna taktik blackout untuk bermain kotor. Semasa counting agent sedang mengira
undi, bekalan elektrik akan dipadamkan dan masa bermain kotor bermula. Ada yang
menukar undi. Menambah undi dan membuang undi yang boleh merugikan mereka.
Jadi, bila kiraan undi dilakukan semula, mereka menang dengan tidak bermaruah
sekali.
Betul ke tak cerita
tu aku pun tak pasti. Ada negeri yang telah dimenangi oleh PR tapi bila undi
dikira balik sebab blackout, BN menang balik. Setakat ni aku tak tahu kawasan
mana yang telah blackout ketika mengira undi. Ada yang kata di Temerloh tapi
pihak TNB dalam Facebook telah mengesahkan bekalan elektrik okey sahaja di
tempat mengundi lain. Aku ada juga menjergah di beberapa lawan web untuk
mengenal pasti kawasan mana telah blackout. Kecewanya aku masih tak tahu
nama-nama kawasan tersebut. Jadi di sini maklumat mengenai kawasan yang
blackout masih samar-samar.
Adakah SPR telah
bermain tipu? Entah aku tak pasti kerana kredibiliti SPR selalu dipertikai
kerana tidak amanah. Bermula dengan isu dakwat kekal tak tahan lama, pengundi
hantu yang tidak kena sistem maklumat dalam SPR seperti 45 orang berdaftar di
bawah satu rumah. Aku rasa SPR perlu main balik peranan dengan lebih tegas dan
wawasan untuk mengembalikan maruah yang tercemar. Ambil sahaja ahli-ahli yang
bertanggungjawab.
SPR pasti boleh kerana Malaysia boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan