Ahad, 26 Mei 2013

1-0 kecik benor, 4-1 berat nanang, 2-1 dah menang UCL


   Aku tak tengok pun mana-mana piala semi final FA kat liga Malaysia ni. Walaupun Terengganu lawan dengan Kelantan, aku sudah jadi hilang perasaan nak tengok. Bukan tak suka dengan negeri Kelantan, cuma tak suka lawan dengan negeri jiran sendiri. Lainlah kalau masuk final.




   Johor DT dan Pahang FA sangat bertuah semalam sebab dapat siaran langsung secara live. Dah beberapa kali dah pasukan glamour ni dapat masuk televisyen. Budak-budak ganu dengan kelate pun tak hairan sangat, boleh jer tengok siaran ulangan. Yang sedihnya, JDT menang. Dapat satu gol jer, tu pun Nunez tolong sumbangkan. Nampaknya Pahang belum cukup motivasi walaupun penyokong JDT dah tolong nyanyi masa mereka tengah berlatih.

bukan aksi semalam, kalau tak hancur habis stadium Larkin tu



   4-1? Alahai Kelantan, kenapa 10 minit terakhir tiba-tiba jadi kuat sampai boleh skor 4 gol? Kesian dengan Terengganu, dah leading 1-0 pada permulaan. Kuat sungguh pemain 'alien' dalam Kelantan. Kelantan ni bab nak bergomo dengan Terengganu tiba-tiba jer jadi gagah. Dengan pasukan lain jadi lembik balik. Pening kepalalah Che Mat kita, macam mana nak buat comeback 3-0 atau 4-0 dalam perlawanan balas balik.

   Perlawanan final UCL pun aku tak tengok. Bukannya sebab aku ni peminat Real Madrid atau Barcelona, tapi aku sayang sangat dengan kuota internet ni hanya tinggal beberapa isi jer. Aku layan kat Footyroom jer, tengok highlight kat sini.

   Bayern Munich dan Borussia Dortmund memang satu pasukan yang kuat. Mereka berjaya menumpaskan kuasa besar iaitu Real Madrid dan Barcelona. Maka menangislah peminat-peminat mereka yang selama ini menjulang nama Christiano Ronaldo dan Lionel Messi. Kini nama Lewandowski dan Mandzukic mencacak naik.

   Bayern dapat dua gol, Dortmund dapat satu gol penalti. Aku malas nak komen banyak-banyak. Cuma aku kagum dengan penjaga gol Dortmund, Weidenfeller. Dia banyak selamatkan sepakan bertenaga daripada Mandzukic dan Robben. Tepisannya dah berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolos. Tentu sakit bila bola yang disepak Robben terkena mukanya. Tapi nak buat macam mana, pemain Bayern lebih hebat lagi?

   Persoalannya, ke manakah Lewandowski menghilang? Adakah dia masih meraikan kemenangannya menjaring 4 gol terhadap Real Madrid? Hahaha, Mario Gotze tengah gembira sekarang ni. Musim depan dia akan bermain dengan Bayern. Hahaha, jika kamu tak dapat membalas mereka, sertailah mereka.




   Ronaldo dan Messi masih lagi berbangga dengan piala-pialanya dan produk shampoo.

Tiada ulasan: