Itu saje yang boleh
aku cakap. Mana-mana negara yang mengamalkan sistem politik seperti demokrasi
tak akan terlepas daripada penipuan dan kekotoran. Negara mana yang mampu
terlepas daripada jijiknya permainan politik.
Pemimpin dipilih
sebagai harapan rakyat. Sebab itulah mereka dipanggil wakil rakyat. Mereka
dikalung dengan gelaran Yang Berhormat sebagai tanda pengaruh kuasa dalam
kalangan komuniti. Mereka diberi tanggungjawab untuk melakukan pembangunan di
kawasan mereka, sebagaimana yang mereka pernah berjanji dahulu.
Tapi berapa ramai
di antara mereka telah mabuk kuasa? Dulu mereka dipilih kerana ada kredibiliti
untuk memimpin rakyat keluar daripada kepompong kedaifan. Tapi itu dulu. Sejak
mereka terlibat dalam politik, kuasa telah membutakan mereka. Pengaruh telah
menggelapkan hati mereka.
Tiba-tiba, mereka
jadi begitu kaya. Kemewahan telah singgah dalam kamus hidup mereka. Mereka
disanjung dan dipuji-puji. Akhirnya mereka menjadi tamat dengan kuasa yang ada.
Mereka telah bertekad untuk mempertahankan kuasa yang ada untuk selama-lamanya.
Mereka akan cantas calon baru. Segala taktik keji dan buruk akan dilakukan
untuk menghalang kuasa mereka daripada direbut oleh orang lain.
Aku dapat rasakan
harapan orang ramai sudah hancur berkecai. Orang yang dulu mereka percaya untuk
beri mereka kehidupan lebih baik kini telah berubah. Dulu hidupnya bergaul
mesra dalam masyarakat tak kira siapa pun. Sekarang ni kena hampar karpet merah
baru gah nak jalan. Pakai kereta mewah cermin gelap, takut ada rakyat yang
ganggu privacy mereka nanti.
Betapa hebatnya
penangan politik. Ia mampu mengubah orang yang baik kepda orang yang tamak
haloba dan gila kuasa. Aku memang kagum dengan orang yang terjun dalam bidang
politik tapi masih mampu mempertahankan sikap baik dalam diri. Mereka tidak
mudah terpujuk dengan kemahuan dunia. Mereka melawannya kerana mereka tahu,
khidmat mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, bukannya memuaskan
nafsu masing-masing.
Kita juga bersalah
jika masih memilih pemimpin yang langsung tidak amanah. Satu penggal saja dah
cukup untuk menilai siapakah mereka sebenarnya. Adakah mereka dah menunaikan
janji? Adakah mereka amanah dengan tugas diberi? Adakah mereka masih mampu
bergaul dengan rakyat tanpa segan silu?
Kalau ya, undilah
mereka lagi pada musim seterusnya. Kalau tidak, sudah tiba masa untuk memilih
calon lain. Jika silap memilih calon, merana kita selama 5 tahun. Jangan takut
atau ragu-ragu untuk membuang calon yang tiada etika. Sedangkan diri sendiri
tidak terjaga, macam mana lagi untuk menjaga seisi kawasan yang diamanahkan?
Politik tu tak
kotor sebenarnya. Tapi tangan-tangan kita yang mengotorkannya. Kitalah yang
mencemarkan politik dengan membawa masuk mereka yang tidak bertanggungjawab
untuk memimpin kita. Jadi, kita perlu membersihkan balik tangan kita yang kotor
dengan memilih calon yang layak.
Politik itu kotor di tangan pengotor tapi bersih di tangan seorang pembersih.
Kalau aku boleh mengundi nanti, aku akan pilih mereka yang benar-benar berjiwa rakyat dan ada potensi untuk jalankan tanggungjawab. Sepastinya dia kena ada ciri-ciri mudah didampingi dan mudah terima teguran.





10 ulasan:
sampai sekrg aisya masih trpikir, siapa yg tidak amanah sebenarnya....
aisya da tengok apa pmbangkang kata, aisya da tengok apa kerajaan kata.. aisya masih tak jumpa jawapan... masih polos. dungu mungkin.
bukan dungu.. cuma kita tak tahu dengan siapa kita tgh bercakap.. mereka, tak kira kerajaan atau pembangkang, depan cakap manis, belakang cakap buruk.. tapi bukan semua ahli politik tu buruk.. ada jer yg bagus.. tp yg bagus ni tenggelam dek perebutan kuasa
dan... bila fikir2, insyaallah lagi 5 tahun aisya suda layak... mana satu aisya nak pilih ni? memasing ade prons n cons-nya.... huhu.... lagi2 di laman sosial, mcm2 benda ada kat situ. tak tawu benda tu sahih ke tidak... macam2
dlm 5 tahun, ada bnyk masa utk kite perhatikn, siapa baik n buruk.. tdk semestinya kena baik 100%.. yg penting dye ikut haluan perjuangan yg betul.. kena tgk media kedua belah pihak.. kebanyakan citer di laman sosial hmpir semua tipu.. sbb tu kita jgn percaya dgn sesuatu bulat2
itu la. kebanyakan mereka yg rapat dengan aisya adlh antikerajaan, mereka cuba sampaikan apa yg mereka prjuangkan... dan hujah mereka kebanyakannya brdasarkan apa yg ada di laman sosial. blog org mungkin... entah sahih atau tidak... dan isu utama yg dibangkitkan adalah religion issue. huhu... melayu, islam, mana yg anda pilih? soalan biasa yg mereka ajukan... dan terasa sangat serba salah utk jawap. ditelan mati bapak, dibiar mati emak.. huhu
perjuangan mereka di laman sosial kerana hanya itulah medan komunikasi yg mereka ada.. kalu nak masuk tv/radio, mmg dh lama kena tahan.. tp cerita di laman sosial takde etika, hanya tulis ikut suka hati dan kurang bukti kukuh.. tp sdangkn berita di TV x betul, ni apatah lagi cerita tanpa editor di FB.. sbb tu kita ada akal, kita baca tp x semestinya kena percaya 100%..
pilih melayu atau islam? pilihlah perjuangan yg anda percaya.. kalu mereka perjuang bangsa, betul k hala tuju mereka atau sudah terpesong.. kalu betul mereka perjuang agama, adakah mereka di haluan lurus atau nakhoda sudah berubah arah.. sebaiknya pilih yg ikhlas dlm berjuang, bukan hnya sbb cari nama n kekayaan
tentang laman sosial pulak, aisya stuju apa earkix kata.. haih... tak pe la kalau mcm tu, itu hak msing2 sbb acc fb masing2... the rest, terpulang pada kita... nak hadam mcm mana... 5 tahun itu laaaaama (kot). haha
acc FB hak masing2, dosa n fitnah pun hak masing2.. kalu percaya n sebarkn pula, lagilah jd hak eklusif terus.. okey, dlm masa 5 thun ni, perhatikan betul2 saper yg ikhlas dlm perjuangan.. undilah calon berwibawa
Catat Ulasan