Khamis, 9 Mei 2013

Kecewa dihempas badai exam, telah tamat penderitaan itu

   Lega, itu saja kata-kata ikhlas daripada aku. Habis saja pukul 3.20 pm, tamatlah exam untuk subjek terakhir, fizik. Hati tiba-tiba rasa sayu sebab dalam masa 4-5 bulan aku belajar, tiada satu masa pun aku manfaat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Tapi sebab exam dah lepas, aku dah tak mahu cerita pasal kelemahan diri.

   Tadi baru sahaja aku pergi makan malam dengan kawan sekelas. Bukan semua yang pergi sebab ada komitmen masing-masing. Rasanya ada lebih kurang 22 orang yang pergi ikut trip ke Seoul Garden, Setia City Mall. Kami sepakat bertolak sama-sama dengan menaiki lima buah kenderaan. Semuanya kereta buatan nasional Malaysia.

   Makan dekat Seoul Garden memang sangat memuaskan hati. Dengan bayaran RM30 seorang dan ditampung oleh duit kelas, kami boleh makan sebanyak mana yang boleh. Daging penuh tersusun atas meja. Makanan laut tersusun rapi berbaris satu sama lain. Nasi? Haha, bila dah jumpa daging, nasi pun boleh lupa. Air boleh isi ikut suka hati tanpa kena marah. Malah ada aiskrim dan ABC di sebelah meja air.

   Ni memang kepuasan untuk makan secara buffet. Kita pilih apa yang kita nak makan dan boleh keluar sampai kedai nak tutup. Tapi yang tak bestnya ketika masa nak bayar. Harga sebenar RM600 lebih. Tapi lepas campur cukai dan segala jenis caj mengarut, maka jadilah RM700 lebih. Okey, kira puas hati gak sebab dari pukul 8.30 pm, kami makan kat situ sampai kedai tu tutup pada 10.00 pm.

   Memang kekecewaan menghadapi exam kami balas balik dengan makan sepuas-puasnya di Seoul Garden. Nak pergi ke sana? Carilah Setia City Mall di Setia Alam, dekat dengan Bukit Raja atau Klang. Budak-budak PALAM memang kenal sangat tempat ni. Inilah tempat mereka melepak masa cuti hujung minggu.

   Sebelum makan, tangkap gambar. Semasa makan, tangkap gambar. Lepas makan pun tangkap gambar juga. Tapi sayang sebab aku takleh nak update gambar tu kat sini. Handset aku takde kamera. Aku pun malas nak minta gambar-gambar ni dengan diorang semua ni. Sekadar aku tengok kawan-kawan upload di Facebook atau di instagram. Okey, aku setakat ni tak biasa dengan kemudahan instagram.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

msti kaw yg makan pling byk an,??

Amir berkata...

tak makan banyak sgt kalu banding dgn kawan aq sorang tu.. org masa dh abis dye sibuk tgh tambah lauk..