Isnin, 22 April 2013

Matanglah wahai Gwiyomi


   Orang sekarang dah sibuk dengan trend Gwiyomi. Dulu Gangnam Style, sekarang dah ada contest Digi tiru gaya SNSD buat Gwiyomi. Budak-budak mengaku comel jer berani jual maruah tunjuk video kat internet.



   Sekarang apa yang dah tinggal untuk menjadi hak ekslusif untuk para suami isteri. Gwiyomi ni untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara mereka. Isteri buat gaya comel dan menggoda, suami tengok, okeylah. Tapi sebelum suami tengok, video tu dah dilepaskan dulu di youtube.

  Budak-budak zaman sekarang ni semua benda nak cuba. Bila dah couple, cium dah, peluk dah, pegang dah, ehem-ehem kena tunggu line clear. Jadi, apa yang tinggal lagi untuk para suami dan isteri lakukan untuk saling bermesraan? Silap-silap nanti, bila suami isteri duduk rapat-rapat, pegang tangan-tangan, dan cakap mesra gila, ada orang marah sebab ingat mereka tu budak couple. Seganlah wahai budak yang tak matang lagi.

   Dan untuk satu pengharapan lagi, tolong jangan kaitkan Gwiyomi dengan unsur keyahudian dan Freemason. Kesian dengan Upin Ipin dan Boboiboy, tak pasal-pasal kena tuduh jadi ejen dajal. Tengok betul-betul lirik Gwiyomi, semuanya tentang berkisar tentang seorang isteri yang cuba meraih perhatian seorang suami agar selalu memandangnya, bukan melirikkan mata kepada perempuan lain.

   Ok, aku memang suka dengan gaya Gwiyomi (jauh dari sudut hati yang imannya lemah). Tapi muat naik video Gwiyomi ke youtube atau Facebook sangat-sangat tidak wajar. Biar kecomelan dan kecantikan seorang gadis tu hanya untuk insan bernama suami sahaja. Orang buat Gwiyomi untuk meraih perhatian daripada orang tersayang.





   Tapi kalau dah update di youtube, ramai pula yang akan puji-puji sambil cuba kacau daun. Bila orang tersayang tengok, dia akan terasa sakit hati dan cemburu. Jadi dia akan cuba flirt atau mengurat gadis lain. Haha, tujuan sebenar Gwiyomi sudah disalah guna.

   Gwiyomi atau comel ni hanya boleh untuk orang yang halal bagi kamu. Inilah salah satu cara untuk pupuk kasih sayang dan langkah agar orang tersayang selalu rindu pada kita, bukannya cuba pergi "makan luar". Budak-budak couple, belum kahwin lagi, blind date, friend with benefit diharap jangan cuba nak tambah dosa sedia ada. Cubalah cari pahala nak beratkan timbangan neraca mirzan nanti.

 

4 ulasan:

Aisy berkata...

setuju............. gwiyomi comel!!!!! comel sangat2.... sangat! hehehe.. amacam? **aisy bru ade niat nak buat video tu jugak, trpengaruh, bila fikir balik td pg... errmmm... nope.

Amir berkata...

nak wat video boleh tapi simpan jer wat kenangan masa muda.. jgn release kat internet atau cuba copy paste kpd saper2.. nnti jd model tak berbayar.. model pun ada hak dpt byaran.. kalu rating tinggi tpi income xde, useless kn?

Aisy berkata...

betul.... hehe... simpan untuk diri sndiri je.. apa2 hal kene fikir jauh, kene fikir cabang kesannya kan...

Amir berkata...

yee, bkn semua bnda perlu dikongsi