Pengakhiran semester
kedua baru sahaja bermula. Tinggal tiga minggu lagi kami akan bercuti. Tapi tunggu
dulu, ada final exam yang perlu ditempuh. Pagi tadi baru saja ambil exam subjek
agama selama dua jam. Alhamdulillah, semua soalan subjektif dan essay boleh
saya jawab dengan tenang. Nasib baik apa yang saya baca masuk dalam exam dan
saya masih ingat. Cuma soalan objektif saja susah tapi tak sampai lima soalan
pun.
Lepas tu kami
bercuti seminggu untuk study week lepas habis exam agama tadi. Budak-budak non
muslim dah habis petang Jumaat semalam dengan exam ethics. Lepas habis study
week, perjuangan kami bersambung dari 29 April sampai ke 8 Mei. Subjek kimia,
fizik, statistik, mekanik dan pure math memang agak susah semester ni. Yang agak
merumitkan lagi, perangai aku.
Aku akui, memang
aku malas untuk semester. Yang tahun lepas pun aku malas gak tapi tahun ni aku
betul-betul tak ada semangat nak belajar. Bukan kerana subjeknya bertambah
payah dan bukan juga kerana musim gelombang politik. Sebabnya apa masih aku
tertanya-tanya. Yang pasti, aku dah semakin hilang minat dengan kelas
kejuruteraan.
Tapi aku dah ditaja
untuk belajar dalam bidang ni sampai peringkat sarjana muda. Aku tak berdaya
nak paksa diri untuk belajar setiap hari atau fokus 100% dalam kelas. Aku Cuma tahu
berjoli dan berseronok tanpa ada hasil positif.
Aku nak insaf. Aku nak
menyesal sekarang juga sebelum biasiswa aku kena tarik balik. Perasaan malu dan
tak bersemangat tak dapat dibayangkan jika aku gagal untuk belajar di bawah
tajaan lagi. Tapi aku tak nak hal tu berlaku dan tak mungkin terjadi.
Final wave ni
harap-harap aku dapat membentenginya. Aku harap diri ni masih teguh bersama
kawan-kawan untuk semester ketiga. Biarpun kami tak rapat, biarpun kami tak
sama tapi tetap buddies dan sahabat sampai bila-bila.
Belajar, belajar dan
belajar. Masa seminggu ni memang kena berkorban habis dan habis-habisan study
agar hidup tak menyesal bila tengok result nanti. Doakan kejayaan kita bersama
nanti, di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan