Sabtu, 6 April 2013

Filem, ranjang dan tapisan




  Dah berapa ramai orang yang datang ke panggung wayang, terutamanya untuk menonton filem buatan tempatan? Berdasarkan jumlah filem keluaran tempatan tahun, ada yang mencatar kutipan berjuta. Ada juga tidak balik modal. Persaingan begitu sengit antara sesama filem Malaysia, apatah lagi bila bertembung dengan filem-filem hollywood dan luar negara.


  Jualan tiket yang sampai mencecah berjuta ini membuktikan masih ada orang yang ingin menonton filem Malaysia di panggung wayang. Tapi mengapa ada sesetengah filem gagal mencapai balik modal dan keuntungan yang tinggi. Yang pertama sekali ialah kita gagal meniru. Meniru tak salah dalam sesetengah keadaan. Yang salahnya kita meniru bulat-bulat tanpa membuat kajian untuk disesuaikan dengan sesuatu keadaan persekitaran.


  Filem-filem yang paling berjaya membuat kejayaan luar biasa adalah produk hollywood. Hampir setiap masa filem-filem sebegini menjadi bualan dan dinanti-nantikan. Mengapa tidak ada penerbit atau pengarah di Malaysia yang mampu mengekstrak formula kejayaan tersebut dalam filem tempatan? Pasti ada elemen-elemen yang mampu menghidupkan jalan cerita kita dengan mengambil beberapa aspek daripada filem hollywood.



  Tapi sayangnya ada pengarah yang belum matang untuk berfikir mana yang baik atau mana yang buruk. Sejak dari filem Ombak Rindu, adegan aksi dalam ranjang terus menjadi elemen penghangat jalan cerita. Faktor ranjang juga menjadi penyumbang keuntungan besar bagi Ombak Rindu.



  Malah filem terbaru ni saja, Sembunyi: Amukan Azazil turut membawakan adegan ranjang sebagai pelengkap jalan cerita. Lembaga Penapisan Filem telah membuat keputusan tepat dengan memotong adegan tersebut. Namun tak tahu sama ada penerbit atau pengarah yang kurang cerdik, mereka upload adegan tersebut ke youtube dan disaksikan beramai-ramai. Memang nak cari publisiti murahan la ni.


 Cari saja deleted scene Sembunyi di youtube. Anda akan terkejut melihat Diana Danialle dengan Remy Ishak tengah bermesraan di atas katil. Adakah ini permulaan untuk menghalalkan soft porno dalam panggung wayang di Malaysia? Adakah ini juga petanda yang filem Malaysia maju selangkah ke hadapan untuk meniru gaya jiran sebelah, Indonesia dalam eksploitasi seksualiti para artis? Adakah ini juga petanda yang musibah turut dekat di Malaysia?



 Tapisan tu dah betul dah, cuma kalau benda tu dah ditapis, maksudnya tu bukan untuk tontonan umum. Jangan ada mana-mana pihak yang berani untuk tampilkan aksi yang tidak sesuai dengan nilai ketimuran. Maruah artis juga akan direndahkan bukan kerana kualiti lakonan mereka tapi kerana mereka sanggup menjual diri untuk popular.


 Malaysia adalah negara islam. Penganutnya memonopoli Malaysia. Undang-undang syariah juga ada. Takkan pengarah tak tahu hukum-hakam islam? Pengarahnya orang islam, pelakon orang islam, penonton pun orang islam. Tapi nilai yang dipromosikan tidak pernah dianjurkan islam malah diharamkan oleh islam.




  Marilah kita sama-sama boikot filem ketandusan idea. Cerita hantu dah muak. Cerita gengster dah lali. Jadi nak filem ranjang pula?? Lebih baik tengok Bang Rajan daripada tengok Bisikan dan Mencari Cinta. Ini bukan bermakna nak sabotaj filem sendiri tapi jika inilah yang dimegah-megahkan, apa kejadahnya!!! Cuba kau tengok senarai filem tempatan untuk satu tahun. Dalam banyak-banyak filem, hanya satu atau dua saja yang boleh tarik kau pergi pangung wayang. Yang lain tu boleh tunggu kawan download.



Pssst, nampak macam tak sesuai jer Rusdi Ramli berlakon dengan Nora Danish. Adakah ni juga bermakna indutri hiburan kekurangan pelakon lelaki untuk membawa aksi romantis.

Tiada ulasan: